CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bunuh Anak 2 Tahun Tiru Babak Filem, Tanam Mayat Untuk Bersama Kekasih

3-7-2023 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 560| Komen: 5

Enggan jenayahnya terbongkar, wanita di India meniru babak dalam filem Drishyam untuk menyembunyikan mayat anak lelaki berusia dua tahun yang dibunuhnya.

Dalam filem itu, terdapat adegan mayat mangsa pembunuhan disembunyikan hingga kes itu tidak berjaya diselesaikan dan tiada tangkapan dibuat.



NAYANA Mandavi (kanan) mengakui membunuh dan menanam mayat anaknya dalam lubang di tapak pembinaan kerana mahu bersama kekasih. FOTO Agensi.

Nayana Mandavi dari daerah Surat dikatakan yakin dengan meniru babak itu, dia tidak akan ditangkap dan dapat bersama kekasihnya di Jharkhand.

Bagaimanapun, rancangannya tidak menjadi apabila polis cekap mengesan kepincangan dalam kes kehilangan anaknya selepas dia membuat laporan.

India Today melaporkan, wanita itu yang bekerja sebagai buruh di kawasan Dindoli, Surat turut menyertai pencarian selama tiga hari, sehingga siasatan lanjut polis yang menunjukkan dia sebagai suspek utama.


Rakaman kamera litar tertutup di tapak pembinaan tempat dia bekerja menunjukkan kanak-kanak itu masuk bersama ibunya tetapi tidak dilihat keluar.

Daripada rakaman itu, polis menyoal siasat Nayana yang awalnya tidak memberi jawapan memuaskan, manakala anjing pengesan juga gagal menemui petunjuk di tapak pembinaan berkenaan.

Wanita itu mendakwa kekasihnya menculik anak lelakinya, namun lelaki itu menafikannya sebelum Nayana akhirnya mengaku yang dia membunuh kanak-kanak itu.

Nayana bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi sebenar mayat anaknya, malah memberi lokasi palsu termasuk menanam dalam lubang dan membuang ke dalam tasik.

Selepas didesak polis, akhirnya wanita kejam itu mendedahkan dia menanam kanak-kanak berkenaan dalam lubang di tapak pembinaan itu yang akan dijadikan tandas.

Dia juga memberitahu motif pembunuhan anak lelakinya kerana mahu bersama kekasih hati yang enggan menerimanya jika pulang ke Jharkhand bersama kanak-kanak berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-7-2023 03:54 PM
Eiii pengaruh pilem tul, dahla tanam dlm lubang tandas keji la ko.
Sian anak dia kena bunuh ngn mak sendiri
Quote pekanwoohoo 3-7-2023 03:57 PM
Kira bagus jugak lah eh polis India siasat betul-betul sampai selesai. Ingatkan bila rakyat dah berbilion macam tu sampai tak larat nak layan, diorang akan move on camtu je kes macam ni.
Quote sayurmayur88 3-7-2023 04:47 PM
muka dia mcm psiko ..
Quote Sazreena 3-7-2023 06:13 PM
Ko jgn sampai Inspektor Jyothika masuk ambik kes..
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:14 AM
kesiannya.... mcm2 betul la skg.. saiko sana sini

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.043281 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top