CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara Kurang Pemandu Bas Sebab Gaji Tak Setimpal - Loke

3-7-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1131| Komen: 16

Negara kekurangan pemandu bas khususnya di beberapa kawasan tumpuan berpunca daripada kadar bayaran gaji yang tidak setimpal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara pihak yang paling terjejas adalah pengusaha syarikat bas ekspres.


Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun tambahan harian kepada pemandu bas.


FB

“Ini bagi memastikan pemandu bas dibayar mengikut produktiviti mereka. Jadi apabila mereka datang kerja ada pendapatan tambahan seterusnya membuatkan pakej pemandu bas jadi lebih menarik.

“Kita harap usaha ini dapat tarik lebih ramai individu untuk berkhidmat sebagai pemandu bas terutamanya di kawasan Lembah Klang.

“Lembah Klang memerlukan pertambahan bas yang mendadak namun dalam masa sama wujud masalah kekurangan pemandu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan pada Isnin.


Selain itu, Loke juga berkata, kerajaan akan berusaha untuk mengembalikan bas-bas mini bagi memastikan akses perkhidmatan bas berkenaan mampu menembusi kawasan perumahan berikutan wujud permintaan bagi lokasi itu.

Dalam pada itu, Loke menjelaskan, program MyPSV juga merupakan salah satu inisiatif bagi menambah jumlah pemandu bas.

Katanya, program berkenaan menyasarkan pertambahan 500 orang pemandu bas berdasarkan kemudahan yang telah diberikan meskipun angka itu masih belum mencukupi untuk menampung permintaan ketika ini.

MyPSV ujar Loke dilihat menjadi pemudah cara buat kelompok e-hailing yang sebelum ini didakwa berdepan beberapa kesukaran selain kerajaan turut menampung kos-kos perlesenan dan kursus.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-7-2023 03:00 PM
Kjaan tak nak pakai ke...falsafah depa..."pemalas(warga tempatan)...lu olang takmok...manggala,nepal,myanmar,indon,pilak dll...ada maaaaaa"???
Quote tripleid 3-7-2023 07:08 PM
Tak betul tu panggil pemandu bas..kat kl ni drebar Rapid semua dah naik pangkat jadi Kapten bas..tu pun masih ramai yg x minat...semoga inisiatif tbaru kjaan ni mampu tarik ummah lokal utk jadi drebar ehh kapten bas..
Quote ultra78 3-7-2023 09:40 PM
Buat la self-driving bus..
Quote kitaserupaaa 3-7-2023 09:54 PM
Aku tgk bas kat putrajaya termasuk bas feeder mrt selalu kosong sampai aku rasa driver2 bas ni bosan agaknya bawak bas tapi takde penumpang sgt
Quote brego 3-7-2023 11:56 PM
memang gaji murah pun, sape jer yg nak keje,
baik bawak bas pelancong or lori treler,
gaji lagi tinggi

naseb baik tak boleh gaji kan driver bas bangla,
kalau tak penuh geng ni jugak
Quote brego 3-7-2023 11:59 PM
S$32,100 per year
How much does a Bus driver make in Singapore? The average bus driver salary in Singapore is S$32,100 per year or S$14.03 per hour. Entry-level positions start at S$25,200 per year, while most experienced workers make up to S$42,000 per year.


tak payah convert sing dollar, anggap jer gaji RM32,100 setahun

kat sini dapat ka gaji driver bas RM2675 sebulan?

Quote brego 3-7-2023 11:59 PM
[twitter]https://twitter.com/TharmaPillai/status/1177166504271339525[/twitter]
Quote brego 4-7-2023 12:06 AM
patut la org taknak keje kapten bas, gaji ciput

keje sekuriti guard di melake pun boleh dapat RM2700  




Faedah dan Ganjaran Jawatan
Gaji permulaan RM1,500 sebulan.
Kenaikan tahunan dan juga bonus.
Insentif RM600 sebulan (anggaran)
Insuran hayat dan kemalangan.
Caruman KWSP dan Perkeso
Lain-lain kelebihan yang diberikan.
Asrama dan pengakutan ulang alik dari asrama ke tempat kerja disediakan.


https://gkerjaya.com/temuduga-terbuka-kapten-bas-rapid-kl-2022/
Quote anony-mous 4-7-2023 03:50 AM
brego replied at 4-7-2023 12:06 AM
patut la org taknak keje kapten bas, gaji ciput

keje sekuriti guard di melake pun boleh dapat RM270 ...

Kenapa la majikan rasa mcm power bebenor byr 1,500 tu? Walaupon tu min gaji, tp ciput sgt2 1,500. Jd byk kalau keje tu sng @ separuh hari. Taska ank je dah berapa
Quote JunkMail 4-7-2023 07:20 AM
Gaji 1000 sapa je nak jadi pemandu bas. Nama je best panggil kapten tapi gaji secoet. Dah la kena start keje kol 5am. Majikan kat Malaysia ni kejenya nak mengkulikan orang je.. yihhhh
Quote mily 4-7-2023 07:36 AM
ex aku driver bas rapid kl..mana gaji sikit..kepuk2 gak..tp kerja pagi blk mlm la..rm3k cecah..kita dok ingat gaji kecik..tlg support brg2 umah..skali dia g skandal blkg sbb gaji byk xusik kan..haha. laon kali tgk slip gaji yer..jgn main agak..pesanan utk diri sndiri pas ni
Quote hudalarva 4-7-2023 08:01 AM
tak padan dgn stress and risk... kapten bas?? bakalan diberi side-eye oleh calon mertua
Quote TomyamPuteh 4-7-2023 08:06 AM
Ko kempen la dkt sepet2 apply jd dreba dgn kolek bas.
Quote apam 4-7-2023 08:13 AM
Baguslah ada menteri yg perihatin dgn gaji ra'yat merhain. Bukan keje nak sakau projek utk kelansungan aktiviti politik aje sementara pegang jawatan.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:07 AM
gaji rendah !
Quote wirazam 1-8-2023 06:20 AM
Pemandu bas awam nih patut jadi staf gomen..for sure menderu deru org apply...percayalahhh..
Kena letak bwh kementerian pengangkutan..baru lah rakyat T20 X ralat byr tax tinggi kalau kemudahan ada...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.201641 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top