CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Pakaian Berbau Asap! Penjaja Asing Bakar, Jual Jagung Depan KLCC

3-7-2023 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2511| Komen: 32

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melaksanakan tindakan khas kepada penjaja warga asing tanpa lesen yang tular membakar dan menjual jagung di hadapan pintu masuk Suria KLCC baru-baru ini.


TikTok @sitisarahabdullah_

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga asing turut dijalankan di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee pada Sabtu dan Ahad lepas.

Menurutnya, tindakan tersebut selari di bawah akta Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Empat tindakan sita atau pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warganegara yang menjaja makanan dan minuman serta dua peniaga pakaian terpakai.


Perniagaan baju terpakai yang betoeprasi tanpa lesen turut dikenakan tindakan.


"Selain itu, satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang - Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen dan satu notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 bagi kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam turut dikeluarkan, " katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.


DBKL menyita barangan perniagaan penjaja warga asing yang menjual makanan dihadapan KLCC baru-baru ini.

Baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi lapan saat memaparkan tindakan berani seorang penjaja warga asing menjual makanan dengan membakar jagung yang mengeluarkan asap di hadapan bangunan ikonik tersebut.

DBKL berkata, susulan insiden tersebut, pihaknya telah menempatkan anggota penguat kuasa di lokasi-lokasi yang dikategorikan sebagai lokasi panas bagi aktiviti tersebut.



"Ia bagi mengelak berlakunya aktiviti penjajaan tanpa izin dan memastikan aktiviti seumpama ini dapat dibendung," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 3-7-2023 02:49 PM
Patut nya dh boleh deport warga asing nih..
Tok tiong tk nk pulak serbu warga asing yg menjaja mcm nih...
Quote hareeeesah 3-7-2023 02:50 PM
Tudung yg hang kalut? Lalu la bawah kalau xnk bau.. ni semak ada la tepi ² jln camtu jual aiyooo.. anuar musa la yg start bg meniaga sukati masa pkp tu pastu xtarik blk..
Quote emera 3-7-2023 02:51 PM
Sbb kat klcc baru korg nk ambik tindakan kan? Kat tpt lain korg buat jugak ke?
Quote Orix 3-7-2023 02:53 PM
iols pun sakit mata tgok org niaga depan klcc tu
Quote Skuau 3-7-2023 03:05 PM
krustykrab replied at 3-7-2023 02:49 PM
Patut nya dh boleh deport warga asing nih..
Tok tiong tk nk pulak serbu warga asing yg menjaja mcm n ...

kan...yg ni Pirdana mintili Mintulu..x nak terjah ke???
Quote green~tea 3-7-2023 03:07 PM
Tak perasan plak penjaja ni sbnrnya... maybe kebetulan i lalu tu diorg takde... sebenornya we rarely walk outside
Quote green~tea 3-7-2023 03:09 PM
Eh ke ni dekat area otw nak ke wisma central? Mmg ramai pati myanmar indon bersepah2 tepi jalan i tatau diorg buat apa..

Tak pernah beli apa2 tepi jalan OTW ke wisma central tu... sbb diorang clearly not malaysian.  Minta sedekah tepi jalan, dokong anak tp aku tak pernah tengok budak tu celik mata... .. eiii mohon depa ni mati dilenyek lori
Quote elzy 3-7-2023 03:10 PM
Suka hati dia saja buat negara ni macam negara sendiri..
Quote Prickford 3-7-2023 03:20 PM
green~tea replied at 3-7-2023 07:09 AM
Eh ke ni dekat area otw nak ke wisma central? Mmg ramai pati myanmar indon bersepah2 tepi jalan i ta ...

Otw ke Wisma Central dgn kat luar Wisma tu mmg PATI meniaga lah, minta sedekah la. Tak support!

Quote OshinDaSolja 3-7-2023 03:44 PM
geram bila tengok video jual jagung tu..jatuh standard KLCC yg clasy ittew... dh la warga asing third world... klau yg meniaga from San Diego atau Santa Monica sedap la juga memandangnya.... huhu itulah dulu penah keja sekitar Jalan Pinang tu... menapak dri Lrt KLCC tu ada je malaun2 yg jual jagung bakar dekat skate park sebelah laman/taman Standard Chartered  tu...betul2 merosakkan pemandangan ye...geram
Quote emera 3-7-2023 03:45 PM
green~tea replied at 3-7-2023 03:07 PM
Tak perasan plak penjaja ni sbnrnya... maybe kebetulan i lalu tu diorg takde... sebenornya we rarely ...

Org yg selalu merokok, perasan kot? Kata dah x boleh dah merokok kat bawah tu kan? Diorg gi berasap kat tpt lain.
Quote lee_sakura 3-7-2023 03:48 PM
dbkl kene buat pemantauan setiap hari bukan sabtu ahad je
Quote Sazreena 3-7-2023 03:53 PM
Membawak pangai endon ke sini..asal ada space semua nk meniaga.
Quote sukacactus 3-7-2023 03:55 PM
Buat mcm kampung dia je
Quote sambaldurian 3-7-2023 04:35 PM
Kongsi rezeki x kisah, tp ko xyah niaga dekat situ. Suh kerja ladang kelapa sawit xnk. Sbb berat. Dh tu ko g la niaga kt negara asal. Ni yg jual2 mangga tepi jln ni pun asal budaya negara lain.
Quote tahanie 3-7-2023 04:36 PM
PBT memang regular kat area klcc kan. Soalnya nak/tak nak enforce je. Me paling sakit hati bas2 yang double park sepanjang jalan sampai block laluan masuk ke basement. Saman je lah?!
Quote Perawankota 3-7-2023 05:00 PM
Tak suka pi klcc sebab sesak Sgt rasa.. Dulu2 masa budak2 keje kt situ, rasa aman2 lagi..
Quote tripleid 3-7-2023 05:09 PM
Masalhnya drpd dulu aku tgk Pati sama je yg dok jual jagung bakar dpn klcc tu..sampai skrg tak kena2 tangkap ke hantar balik ke??...begitulah betapa hauknya imigresen kat msia ni dah jadi lubuk rasuah
Quote Skuau 3-7-2023 05:15 PM
tripleid replied at 3-7-2023 05:09 PM
Masalhnya drpd dulu aku tgk Pati sama je yg dok jual jagung bakar dpn klcc tu..sampai skrg tak kena2 ...

yg ni x nak ajak pirdana mintili mintulu..terjah ke???

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055651 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top