CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Orang Malaysia Kutuk, Daiyan Trisha Buat Persediaan Sungguh-Sungguh Sebelum Berlakon Jadi Doktor

3-7-2023 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1332| Komen: 13

Daiyan Trisha tak kisah ‘mengorbankan’ rambutnya demi memenuhi tuntutan watak sebagai Dr. Izara dalam siri adaptasi terbaharu, W: Two Worlds terbitan platform penstriman, Viu.

“Saya okey sahaja (memotong rambut). Memang setiap kali terlibat dengan watak baharu, saya akan tampil dengan kelainan.


Foto: IG

“Selain itu saya juga akan tinggalkan kerja-kerja lain untuk memberi fokus pada projek yang sedang saya jalankan,” katanya kepada HB Glam.

Dengan memegang watak sebagai seorang doktor dalam W: Two Worlds, Daiyan mengakui berasa sedikit tertekan dengan karakter tersebut kerana bimbang jika terdapat kesilapan semasa menjadi pakar perubatan.


Dah masak dengan perangai orang Malaysia yang cerewet, Daiyan berkata, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada membuat kesilapan sewaktu mengendalikan peralatan perubatan, termasuk daripada segi sebutan terma dalam bidang kedoktoran.

“Saya akui penonton kita memang teliti, lebih-lebih lagi kalau seseorang pelakon itu membawakan watak sebagai seorang doktor.

“Saya sendiri bimbang jika melakukan kesilapan. Tapi saya beruntung sebab mempunyai keluarga dan kenalan yang menerajui bidang perubatan. Jadi saya banyak rujuk kepada mereka.

“Selain itu, saya juga banyak menonton YouTube untuk mendalami bidang perubatan. Saya tiada masalah untuk menghafal terma-terma dalam dunia kedoktoran kerana sewaktu belajar dahulu, saya berada dalam jurusan aliran sains,” katanya.


Berkongsi perasaan gembira terlibat dalam siri W: Two Worlds, dia sudah lama menunggu peluang untuk terbabit dalam naskhah adaptasi drama dari Korea (K-drama).

“Saya ditawarkan untuk terbabit dalam siri ini sejak tahun lalu lagi. Memang sangat gembira dan teruja sebab saya sendiri sudah pun menonton drama versi asal. Cerita ini memang seronok.

“Peluang yang diberikan ini cukup baik untuk saya memandangkan penonton kita sendiri gemar menonton K-drama,” jelasnya.


Sebagai persiapan, Daiyan telah pun melakukan persediaan sejak beberapa bulan lalu, malah dia sudah berulang kali membaca skrip, supaya karakter yang dibawakan melekat dalam jiwanya.

“Skrip siri ini sendiri saya sudah baca berulang-kali termasuk menonton drama asal. Bagaimanapun, kalau boleh saya mahu mengelak daripada terikut-ikut karakter sebenar dan mahu memberi kelainan.



“Karakter yang saya bawakan nanti juga tidak 100 peratus seperti karakter asal kerana saya akan membawakan watak tersebut, bersesuaian dengan selera penonton di Malaysia,” ujarnya yang bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Hun Haqeem, Mierul Aiman, Faizal Hussein dan Tony Eusoff. –CARI

Sumber: HB Glam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-7-2023 05:05 PM
Untung jadik DT. Walaupon lakonan biasher2 jer, tetaplah dpt main role.
Quote heythere123 3-7-2023 05:08 PM
semoga dapat ditch karakter Dee for good ya. Boring yach rasa macam tengok Dee je manjang, no improvement
Quote dudaberhias 3-7-2023 05:14 PM
harap2 persediaan semua tu berbaloi lah yer... hujung2 takde prestasi pun dengan lakonan2 sheols yang lain...

tapi sheols tidak lah kayu... unpopular opinion iols gittuh...

tak sabar nak tengok hun haqeem pekat likat yang boleh di buat gam tapak kasut

Quote I.K.A888990 3-7-2023 05:24 PM
kalau nama kau keluar aku ingat hidung kau je
pastu statement terpaling kaya dlm dunia kau
tu je laaaa
Quote Manusiabesa 3-7-2023 07:14 PM
Hahaha . Lps renovate hidung sikit. Terus rasa yakin nk pgang watak doktor. Kelakarnya. Patutnya dia jd bibik kt banglo. Atau watak anak nina juren, budak uni bencinta pastu mak bapak xrestu bf dia. Doktor? Lambet lg hahaha
Quote anilanil 3-7-2023 08:01 PM
Mek daiya ni pasca umroh level seksi makin naik je. Terpaling kaya, tapi beli baju terpaling sikit kain. Nape cam perlumbaan seksi dgn ame asnaf jer.
Quote kalchi 3-7-2023 08:03 PM
Masalah nya sheol tak da bakat belakon. Pahtu da tau xreti blakon, pegi la kelas belakon ke. Hazab sgt lakonan sheol.
Quote hasniey 4-7-2023 12:48 AM
Ala xpe daiyan.drama asal pon xfocus kerja doc tu..lebih kpd ulang alik dunia asal dgn dunia komik.pastu kena kejar dgn pmbunuh.scene dlm hospital awal2 je rasanya dgn hujung2
Quote rosedemon 4-7-2023 09:02 AM
watevva la daiyan hidung operate
Quote vanillaninja 4-7-2023 09:10 AM
Perlu ke mention sheols dulu budak science stream?
Quote sharlenetexas 4-7-2023 09:59 AM
vanillaninja replied at 4-7-2023 09:10 AM
Perlu ke mention sheols dulu budak science stream?

Sibbaik takention spm berapa A.


Quote lyshafull 4-7-2023 10:12 AM
vanillaninja replied at 4-7-2023 09:10 AM
Perlu ke mention sheols dulu budak science stream?

Hahahahhahahahah kene humble brag sikit2
Dah nk masuk 30 tapi masih lagi fikir blaja masa spm
Quote samshik 4-7-2023 07:47 PM
Jakfer lost 12kg utk cter nie.. Tetiba ilang sgala bebifat haaa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.031931 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top