Penyanyi rock, Datuk Awie meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu sekali gus meluangkan masa dengan dua cahaya matanya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13. Bukan itu sahaja, pertemuan itu juga dapat menjernihkan semula hubungannya dengan bekas isteri, Rozana Misbun.
"Pertemuan ini turut disertai Rozana. Ia berlangsung dalam suasana harmoni dan menggembirakan. Kami sudah saling bermaafan dan melupakan segala perbalahan yang pernah tercetus, suatu ketika dahulu. "Biarlah semua episod lalu berlalu dan tak perlulah diungkit semula kisah lama," katanya kepada BH Online. Mengulas reaksi Rezzki dan Qasseh ketika kali pertama bertemu, Awie yang baru sahaja muncul dengan filem Sue-On mengakui, awalnya situasi dirasakan agak janggal. "Qasseh menangis bila berjumpa saya, manakala Rezzki pula sedikit dingin, namun akhirnya menangis juga.
"Meskipun kali pertama bertemu, Qasseh mudah menyesuaikan diri dengan kakak dan adik-beradik lain. Dalam sekelip mata mereka menjadi rapat. "Rezzki pula memang pendiam sejak kecil lagi, dia selalu leka dengan dunianya sendiri. "Pada pertemuan ini, kami banyak bercerita kisah lama bertujuan mengembalikan semula ingatan ketika bersama ketika mereka masih kecil," kongsinya Kelmarin, Awie menerusi hantaran dalam Facebook memuat naik gambar pertemuan yang turut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin dan anak mereka, Putera Ahmad Andeeka, 3. Turut bersama, tiga lagi anak Awie iaitu Putri Aleeya Antasha, 23, Putri Aleefa Antasha, 21, dan Putra Ahmad Merrah, 16. Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah. Mereka bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie. Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha. Pada 7 Oktober 2016, Awie berkahwin dengan Sharifah Ladyana dan dikurniakan Andeeka pada 2020. Sumber: BH Online
|
Marunggey replied at 3-7-2023 04:42 PM
Total 6 kan?
Putri Aleeya Antasha, 23
Putri Aleefa Antasha, 21
wadiunong replied at 4-7-2023 08:04 AM
Awie dgn ex pon dah berbaik. Acik Rita bila lg?
awex^returns replied at 4-7-2023 08:17 AM
- Arni
Putri Aleeya Antasha, 23
Putri Aleefa Antasha, 21
krustykrab replied at 4-7-2023 09:21 AM
Anak dia ni putra putri belaka...
Pening nnt org dok ingat kerabat diraja mana la pulak...kalau ma ...
mamajawie replied at 4-7-2023 10:08 AM
chuolss cakap je la iollss ada keturunan raja siam x pun raja kemboja bila org tanya salasilah nam ...
ADVERTISEMENT