Kuala Lumpur: Pengguna Twitter, Zaki Yamani hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung ciapan biadabnya terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di hospital.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu ciapan pada 6.49 pagi susulan kekesalan diluah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut mengarahkannya memohon maaf. "Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan," ciap Zaki Yamani. Semalam Harian Metro melaporkan, Anwar kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Abdul Hadi. Anwar kemudian mengarahkan pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu. Kelmarin, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan sedang dirawat di hospital.
Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebooknya. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT