CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Pegang Tangan Rina Nose, Ajai Bergelek Sakan Pula Dengan Elly Mazlein Atas Pentas "Orang Tak Nak Tengok Muka Ketat"

3-7-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3885| Komen: 36

Ajai sering dilihat serius ketika memberikan komen kepada peserta namun aksi spontan bergelek di atas pentas bersama Elly Mazlein pada malam Ahad mencuri perhatian penonton.

Juri tetap program Big Stage 2023 itu berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk berhibur dan tindakan menari bersama Elly atau Kak Lina berlaku secara spontan.


Foto: mStar

"Saya orangnya sporting... saya menari bersama Kak Lina pun secara spontan. Benda tak dirancang dan bukannya kena paksa.

"Takkan saya nak bawa cara sebagai juri di atas pentas, siapa yang akan tengok? Orang tak nak tengok muka ketat.

"Apabila saya dipanggil untuk menghiburkan, itulah diri saya. Dengan Exist pun saya akan berhibur dengan cara saya sendiri tapi bila menjadi juri saya akan tukar personaliti," katanya kepada mStar.

Foto: mStar


Sementara itu, mengulas mengenai isu dia memegang tangan hos Rina Nose ketika berduet menyanyikan lagu Hati Ini Telah Dilukai, Ajai menyifatkan kejadian itu sebagai tidak sengaja.

Jelas Ajai, dia menghulurkan tangan meminta Rina jalan ke depan pentas namun disebabkan pengacara asal Indonesia itu mengenakan ear piece dia mungkin tidak dapat menangkap signal diberikan dan terus memegang tangannya.

"Saya pegang Rina sebelum ini secara tidak sengaja sebab dia memakai ear piece dan saya pula tiada.

"Bila saya hulur tangan suruh dia ke depan, Rina tak dengar sebab ear piece... jadi dia pun pegang tangan saya," ujarnya.



Disebabkan itu juga, Ajai lebih berhati-hati ketika berkongsi pentas bersama Kak Lina kerana tidak mahu dilabel suka memegang tangan wanita lain.

"Saya tak mahu pisang berbuah dua kali, kalau pegang lagi nanti orang kata saya suka pegang tangan perempuan," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 3-7-2023 12:41 PM
Alah pegang tangan yang tak sampai lima saat tu pun org nak kecoh
Quote I.K.A888990 3-7-2023 12:48 PM
suka aku tgk si ajai ni dgn rina lina semalam hahaha
meriah kauuuuu
Quote HelgaPataki 3-7-2023 02:17 PM
Lawak nak mampos stage dorg semalam. Overshadow habis peserta smua hahaha
Quote She-Ra 3-7-2023 02:19 PM
disebabkan selalu sgt fyp
mlm td iols terjebak layan.. tp tak tgk abis la
tang ajai mmg lawak gila.. dekah terukkkkkkk

iols ok je dgn kelaku kak kepom
Quote Perawankota 3-7-2023 02:23 PM
Suka tgk AJAI ni, plus muka still nmpk muda.. Suara dia pon sedap je didengar
Quote OshinDaSolja 3-7-2023 03:29 PM
terhibur jgk la...Ajai ni awet muda ek,, rambut pun lebat lg body pun maintain mcm jejaka 20an... heolz ni mungkin pndai jaga diet...
Quote rayna_raynes 3-7-2023 04:01 PM
Ajai ni sayang pendek je, kalau dia tinggi mesti nampak lagi helok
Quote RoseLuna 3-7-2023 04:13 PM
Sedap jugak dia nyanyi dgn kak kepom mlm tadi. Mesti dia pun dah lama tak perform lagu tu. Teringat zaman dia romantik gila dgn Nurul dulu. Kini hanya tinggal
kenangan
Quote ezacbee 3-7-2023 04:17 PM
Aku tengok kat tiktok je
Quote sayurmayur88 3-7-2023 04:46 PM
rina nose ngan kak lina kepom mmg best mengacara BS tahun ni.
overshadow peserta2 tuh leh depa
Quote babyLON. 3-7-2023 04:47 PM
mmg sedap berlemak suara ajai. tinggal jauh semua peserta dan rakan duet dorang semalam
Quote ekselen 3-7-2023 05:59 PM
Byk kali iols ulang tgk smlm campo harini...abis show bbnu lain kena caras... hahahaha
Quote dudaberhias 3-7-2023 06:01 PM
tak faham iols netizen malaysia... ko sah2 tengok show lagha lepastu ko expect show tersebut ala2 patuah syariah takde pegang2...

apa ke bingai...

Quote anony-mous 3-7-2023 06:14 PM
OshinDaSolja replied at 3-7-2023 03:29 PM
terhibur jgk la...Ajai ni awet muda ek,, rambut pun lebat lg body pun maintain mcm jejaka 20an... he ...

Heols kaki gym. Exercise mmg akn buat nmpk muda. Selalu terserempak heols dkt gym
Quote Temenung 3-7-2023 06:18 PM
Aku rasa kak lina ni boleh buat juri2 show mcm ni dr serius terus jd sporting.tgk dlm gv dulu mcm tok ram tok pinaz kalo komen mesti serius je.tp bila kak lina usik sikit diaorg boleh layan je prangai kak lina

Sama mcm big stage ni la.ajai pun sebelum ni serius jugak.bila kak lina ngan rina hos nampak dia boleh masuk dgn 2 org tu

Yelah ramai menyampah dgn kegedikan dia yg over kekadang.tp kalau dia x buat mcm tu show tu boleh jd tahap bosan menguap skala infiniti ni pendapat iols jela...

Wawa siap ckp kalo 2 org ni jd hos lg tahun depan dia nak sponsor lg big stage ni
Quote TomyamPuteh 3-7-2023 09:14 PM
Rina Nose mekap sendiri katanya. Tak pakai jurumekap. Pndai dia mekap. Takde mcm mekap caprut.Rumah dia kt Indon besar gilerr.
Quote orkid_amani 3-7-2023 09:25 PM
Dulu masa dia bukak restoran asam oedas kat area Penang ni aii ada p makan..masa tu xdak la berjambang mcm ni..handsome kemas ja..muka bersih tapi IRL dia pendek laa sedap set asam pedas dia.
Quote alien88 3-7-2023 10:16 PM
lawak part ajai menari tu.. suara heols sedap ja bg telinga iolls
suka pulak gandingan kak lina & rina nose, juri pon jd sporting
apa2 pon smlm iolls sedih firdaus rahmat tersingkir
Quote rayray28 3-7-2023 10:46 PM
Ajai ni mase tgk bts and promo2 vid konsert exist..tersangat laaa manjeeee orgnya dgn ahli2 band dia tu..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050061 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top