CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Terkurung Tak Apa, Kalau Terkepit Bawah Tu Hancur Badan!" Budak-Budak Main Pintu Automatik, Mak Ayah Dikecam Tal Reti Jaga Anak

3-7-2023 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2217| Komen: 23

Aksi kanak-kanak bermain di pintu masuk automatik di sebuah pasar raya yang sedang ditutup ketika operasi berakhir meraih perhatian ramai.

Menerusi satu video yang tular, kelihatan salah seorang daripada mereka berulang-alik melalui bawah pintu automatik yang sedang bergerak ke bawah untuk menutup ruang masuk premis.


Bukan sahaja mengundang bahaya, malah boleh mengancam nyawa.

Foto: mStar

Turut membangkitkan kemarahan netizen adalah, di mana ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu ketika aksi sedemikian dibuat di hadapan orang ramai?

Nampaknya banyak kes kanak-kanak tersepit yang dilaporkan sebelum ini tidak menimbulkan kesedaran dan tidak dijadikan pengajaran oleh ibu bapa yang membiarkan saja anak-anak mereka tanpa pengawasan.

"Nanti bomba datang sebab kepala tersangkut.

"Mak bapa dia patut dikecam dan 'disekolahkan' semula.


"Dah tahu anak jenis degil, jangan dibawa jalan-jalan.

"Kelak apa-apa hal orang dalam (pihak pasar raya) jadi salah," demikian antara komen netizen.

Disebabkan kenakalan kanak-kanak itu juga menyebabkan segelintir netizen mengharapkan ibu bapanya menyesali perbuatan mereka yang lalai dan tidak bertanggungjawab.

Lebih menghairankan, menerusi video berdurasi 21 saat itu, sama ada pihak pasar raya, orang awam mahupun ibu bapa kepada kanak-kanak itu langsung tidak menegur atau menghalang dua kanak-kanak itu bermain di pintu automatik.

"Aku tunggu part budak ni terkepit.

"Terkurung okay lagi. Takut saja terkepit di bawah tu, hancur badan oii.

"Eh tak apa main la, biarkan anak-anak kau tu. Tiba-tiba motor rosak sangkut habis rosak terkeluar isi perut tu.

"Sekali tersepit kepala, masa tu baru kau tahu tingginya langit," komen netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 3-7-2023 01:00 PM
Entah2 yang tukang rakam tu la penjaga budak2 tu. Demi secebis viral. Dari kau sibuk merakam baik kau tarik budak2 tu. Apo
Quote shernazz 3-7-2023 01:26 PM
Woi
Kos nak repair Mahal woi...
Aje gile la...
Quote whimsicalmusic 3-7-2023 01:26 PM
marah jelah bdk2 tu. asyik2 nk viralkan. mcm aku selalu tegur bdk2 yg naik gelongsor xnak ikut tangga. pastu jegil2 sikit mata n duduk terpacak tepi gelongsor tu. confirm diorg takut haha. yelah bnda tu bahaya kan, aku penah nmpk bdk yg naik kena langgar ngn bdk yg turun smpi berdarah mulut. kalo parents xnak tegur, meh aku tegur.
Quote Samerosie 3-7-2023 01:38 PM
Rumah iols ada rolling shutter ni for garage belakang.  So far, tak pernah la try kalau dia turun, kita lepak bawah dia kita tersepit dia berenti ke atau keep going.  Kalau nanti iols rasa nak gi spital, iols try lah and provide feedback kat sini.

Tapi memang sukacita lah kalau budak2 ni terkepit kaki pun tak pe asal learn their lessons.
Quote Cassieopeia 3-7-2023 02:27 PM
xde plak guard kat situ.. mak pak diorg ni tgk je ke anak tu
Quote hudalarva 3-7-2023 02:28 PM
cubalah jadi manusia yg bertanggungjawab sikit... budak2 tu depan mata je kot why not pergi je tegur kalau dah nampak bahaya...
Quote ally9970 3-7-2023 03:09 PM
Wow!! boleh hancur badan kalau terkepit roller shutter tu?...hahahaha, agak2 lah reporter ni pun...
Quote nurkasih74 3-7-2023 03:10 PM
Ntahnya..aku kalo nampak bdk2 buat perangai kat public area.. mula2 aku tenung dulu..tak jln aku buat isyarat jari.. sambil tenung lama2.. pernah sound bdk2 main kat escalator.. aku ckp kat bdk tu.. awak bdk sekolah saya kan? Nakal2 mcm ni nanti blk sekolah cikgu denda.. mulalah diorg sama2 diorg gaduh pikir aku cikgu ajor apa.. tp parents ni pun alahaiii..ada jugak bdk ni dia pi usik anu si patung display sambil gelak2 dgn siblings.. aku tgk muka dia. Jegil bijik mata n sound.. parents ada je depan tu
Quote jejaka_hensem 3-7-2023 03:15 PM
Soalan serius : Berat ke benda alah tu sampai boleh hancur badan?
Sebab tengok dekat kedai2 emas,mcm ringan je,angin bertiup pun bergoyang.boleh ke hancur badan kalau kena?
Quote CiliApiPedas 3-7-2023 03:24 PM
Samerosie replied at 3-7-2023 01:38 PM
Rumah iols ada rolling shutter ni for garage belakang.  So far, tak pernah la try kalau dia turun, k ...

Hahahaha sila buat testimoni sis aku pon tingin nak tahu
Quote Decaffeinated 3-7-2023 03:43 PM
Mana ada automatic, semi ja. Ada orang yang tekan butang.

Quote pooh~key 3-7-2023 04:20 PM
Samerosie replied at 3-7-2023 01:38 PM
Rumah iols ada rolling shutter ni for garage belakang.  So far, tak pernah la try kalau dia turun, k ...

Jangan lupa buat wasiat agih harte untuk akak sikit sebelum tu yach sissy.
Quote afie_m 3-7-2023 04:37 PM
bahaya jangan di cari
Quote FOTHER-MUCKER 3-7-2023 06:12 PM
Decaffeinated replied at 2-7-2023 11:43 PM
Mana ada automatic, semi ja. Ada orang yang tekan butang.

Sekarang ni sudah banyak shopping mall guna yang automatik. Guna remot pun ada.
Quote Kitty_catz 3-7-2023 06:24 PM
buat anak tawuuuu

jaga tatawuuuuuuuuuuuuuuuu

makpak sunat laser
Quote Decaffeinated 3-7-2023 06:29 PM
FOTHER-MUCKER replied at 3-7-2023 06:12 PM
Sekarang ni sudah banyak shopping mall guna yang automatik. Guna remot pun ada.

That's what I meant, somebody has to control it. Seharusnya yang menekan button tu alert kalau ada budak tersepit. Yang fire activated tu tak boleh buat apa la.

Quote airfilterkotor 3-7-2023 07:29 PM
Kalu banding roller shutter vs escalator,
ngeri 100 kali lagi escalator.
Quote Samerosie 3-7-2023 08:15 PM
FOTHER-MUCKER replied at 3-7-2023 06:12 PM
Sekarang ni sudah banyak shopping mall guna yang automatik. Guna remot pun ada.

My garage punya guna remote tapi my husband yg guna garage belakang tu so i jarang la picit2 remote ni.  Cute kan siap ada antenna ala2 inspector gadget lak

20230703_201139.jpg
Quote Samerosie 3-7-2023 08:19 PM
pooh~key replied at 3-7-2023 04:20 PM
Jangan lupa buat wasiat agih harte untuk akak sikit sebelum tu yach sissy.

Sure sure nanti iols hibahkan my microscopic LV bag yg sold for $63k tu, exactly the same, same size, same brand cuma mine kaler oxigen.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047521 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top