CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Songlap Duit Pencen, Tak Bahagi Harta Ikut Faraid! Makcik Menderita Sakit Misteri, Anak Saudara Saran Kembalikan Hak Waris Teraniaya

3-7-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6076| Komen: 198

Seorang lelaki berkongsi tentang kunjungannya ke rumah ibu saudaranya, pada Jumaat lepas.

Menurutnya di Twitter, ibu saudaranya yang kini menderita sakit misteri pernah menganiayai ahli keluarga berkaitan harta peninggalan arwah datuknya.


Gambar Hiasan:mStar

"Semalam aku ziarah mak saudara belah ayah aku. Dia sakit misteri lama dah. Dah banyak tempat berubat.

"Semalam aku kata direct dekat anak sulung dia. Apa kata mak hang bagi balik harta yang mak hang 'songlap' lepas tok meninggal.

"Bahagi ikut faraid, kot-kot mak hang boleh sembuh," katanya.

Dia juga mendakwa ibu saudaranya itu mengambil rumah, harta peninggalan serta kad bank yang menyalurkan wang pencen arwah.

Namun katanya, waris-waris yang teraniaya diberi rezeki mencukupi dan mampu menjalani kehidupan yang baik sehingga ke hari ini.

"Dia tak bagi faraid kat adik-adik dan waris abang-abang dia. Tok kami tu pesara kerajaan. Tapi tuhan maha adil.


"Tuhan bagi kat waris yang tak dapat faraid ni rezeki yang melimpah ruah. Kerja Alhamdulillah, kesihatan yang baik," ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut memberi pesanan kepada orang ramai agar tidak mengambil ringan bab pembahagian harta mengikut hukum Islam.

"Bab faraid jangan buat main-main. Banyak dah aku tengok Allah bagi balasan kat dunia. Tak payah tunggu balasan kat akhirat.

"Allah bagi balasan 'kaw-kaw' (setimpal) kalau bab faraid ni. Dia punya kesan tu sampai anak menantu," ujarnya lagi.

Di ruangan balas, ramai netizen turut berkongsi kisah sama yang berlaku dalam kalangan kenalan serta keluarga mereka.

"Betul. Kawan ayah saya punya kes. Kakak dia ambil semua harta faraid. Beberapa bulan lepas tu, keluarga kakak dia kemalangan. Semua meninggal kecuali dia dengan anak bongsu dia je. Tapi dia pun dah lumpuh.

"Aku dah tengok dah arwah atok sedara aku meninggal seorang diri walaupun anak ramai berjaya harta banyak. Makan harta faraid punya fasal. Sekarang rumah dia yang besar dah jadi port dadah. Rumah sewa banyak-banyak runtuh tak ada orang duduk. Rumah batu kosong katanya berhantu. Kubur berlubang.

"Nenek tiri aku pun jenis bolot semua harta tokwan aku juga. Kemudian anak dia muntah bertahun-tahun tak sembuh. Merata hospital check memang tak ada penyakit apa-apa. Sampai sekarang pun kejap-kejap demam muntah-muntah. Benda ni jadi dari aku sekolah rendah sampailah sekarang aku hampir umur 30-an," demikian beberapa netizen berkongsi kisah masing-masing. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-7-2023 01:01 PM
udahhhhhhhhhhhhhh macam mastika pulaokkk
Quote TabletSusu 3-7-2023 01:15 PM
aku percaya.. Allah turunkan sakit utk kita atas kesalahan2/dosa2 yg dah kita buat. apa pun perbuatan/kesalahan kita akan ada balasan
Quote shernazz 3-7-2023 01:25 PM
Entah la..balasan kat Dunia kot..
MCM pakcik husband iols la
Dia songlap Habis rete arwah tokwan atas Alasan dia anak lelakinsorang
Pastu anak pompuan dia Jadi cm tak betul...padahal sebelum tu elok je..
Quote annehuda 3-7-2023 01:36 PM
shernazz replied at 3-7-2023 01:25 PM
Entah la..balasan kat Dunia kot..
MCM pakcik husband iols la
Dia songlap Habis rete arwah tokwan ata ...

samelah mcm sorg pakcik iols nih. tanah felda 10 ekar bawah nama arwah nenek, pastu lot tanah buat rumah corner lot. tanah felda kan sorg je penama so letaklah nama heols as pentadbir.  mula2 jah rajin nak kasi duit hasil, lama-lama senyap terus dah.  tanah corner lot tu dia siap tanam sawit sebab besar gak tanah tu. bertahun-tahun dah weols tak dpt duit hasil ni, sekali la duit raya duit bonus mmg tak nmpk bayang.  adik beradik lain redha dah tp adelah 2 org ni, deme suri rumah kan so kekdg terdesak diorg mintak gak.  ingatkan dah songlap duit hasil sorg2 tu kaya raya dah skali tu nan hado. anak2 jangan ckp lah mmg tak menjadik pun.  tp weols taknak salahkan pakcik iols tu sbb heols tu buta huruf, bini dia lah.  dulu tukang masuk duit hasil ni bini dia gak, bulan ni kene ragut, bulan depan kena rompak lagi lol.  tp mmg btul la jgn memain harta pusaka ni mmg hidup ang tak senang la
Quote shernazz 3-7-2023 01:53 PM
annehuda replied at 3-7-2023 01:36 PM
samelah mcm sorg pakcik iols nih. tanah felda 10 ekar bawah nama arwah nenek, pastu lot tanah buat ...

Kan.
Tu adalah amanah
Mmg ada yang Kata Benda ni remeh
Tapi jangan buat main2 oo..
Kalau ada cara mudah..mudahlan lah supaya semua.dpt dgn ADIL...
Quote orkid_amani 3-7-2023 01:56 PM
Pasai harta pusaka ni kn aii malas nk berebut..bg aii cukup la reta yg ada..tanah penang mmg la harga mahai tapi tanah bendang..la ni org xminat dah buat bendang pasai xpulang modal..mak iols dapat 1ekar tanah bendang buat tanam nyork ja.. seminggu sekali jual nyork tua & nyork muda
Quote TomyamPuteh 3-7-2023 02:08 PM
Aku percaya je dgn kifarah cash org yg makan harta sorg2 ni.
Quote mizruncing 3-7-2023 02:17 PM
jangan main2 reta anak yatim oiii. confirm ada balasan nyaa nanti
Quote lostfaith 3-7-2023 02:38 PM
Rambut tak sebut direct dlm Al quran. Faraid sebut dengan jelas dlam Al Quran. Tapi soal rambut di ulang2. Berlambak manusia tak nak ikut faraid. Mcm mcm alasan di baginya...bab rambut merata rata duk bg hukum....
Quote green~tea 3-7-2023 02:40 PM
Aku dah saksi kan bangsat2 pemakan harta anak yatim ni kena balasan cash cash cash...

Walau 10, 20 tahun kena bersabar utk finally get to grab and eat popcorn
Quote Buritan 3-7-2023 02:41 PM
shernazz replied at 3-7-2023 01:25 PM
Entah la..balasan kat Dunia kot..
MCM pakcik husband iols la
Dia songlap Habis rete arwah tokwan ata ...

Pak sedara aku elok aje pulakkk pdhl rapu reta pusaka.. entah.. tak tau laa aku
Quote lifeline 3-7-2023 02:46 PM
ada jugak kes anak saudara (perempuan) yang sibuk nk bolot harta pusaka...mak dia dah meninggal...pakcik2 ada lagi..tp anak saudara yg perempuan ni yg nk harta2 tu jatuh kt dia...ni lagi pelik..dah la x ikut hukum faraid Allah..nk buat sivil...
pening keppalaaaa
Quote she 3-7-2023 02:47 PM
Jap


Duit pencen tu sampai ke balu aje (isteri si arwah pesara)
Mana2 mai pencen boleh waris ke anak
Ingat senang ke nak dapat pencen arwah
Kena pergi pejabat sekian2 isi borang bagai
Bukan arwah mati duit totap masuk tiap bulan
Selagi tak lulus
Selagi tu stop duit pencen

Kalau bab tanah
Korang boleh je tuntut balik tanah pusaka tu
Kena keluar duit sikit lah
Upah lawyer dan juruukur

Tapi siapa yang tamak harta pusaka
Elok lah mati dalam kesengsaraan
Muahaha
Quote tumpanglalu74 3-7-2023 02:55 PM
Ini kes hibah ke?  Kalo mati sume Amanah Raya yang uruskan.  Waris hanye tak dapat bahagian yang dah dihibahkan je.  Aku memang benci spesis penonggang faraid ni.  Itu bukan rete ko tapi rete anak2 yatim.  Ini le jenis bapak sedare cilake!  
Quote tungkai 3-7-2023 03:04 PM
Kalau suruh Amanah Raya handle kan benda2 pusaka ni memang menyakitkan. Banyak tul procedure/documentation nak kena hadap. Seolah2 tak nak bagi pada waris. Aku paham diorg pun kena go thorough due diligence. Kalau dah menyusahkan, mana nak dapat resolution..Hujung tahun nanti keluarlah berita 1 juta liun harta tak dituntut
Quote jejaka_hensem 3-7-2023 03:09 PM
Dorang takde bukak file dekat bahagian pembahagian harta pusaka ke?
Pergi jelah rujuk kes ke sana,cari yg dorang yakin boleh diharapkan utk jadi pemohon.
Kitorang tak ikut cara faraid,buat cara persepakatan sbb mls nak letak byk nama dlm geran.
Quote TOPwind 3-7-2023 03:11 PM
cina ambi/tipu  harta melayu/negara berbiliion2 relax je takdelah  sengsara pun.

siap dapat Dato dan tansri lagi
Quote malutapimahu 3-7-2023 03:16 PM
nak mintak 2nd opinion pernah ja tanya lawyer jawapan ehh memang susah dan xkan dapat dah.

Mak aku ada 8 beradik 6 perempuan 2 lelaki, lelaki sulung dah meninggal lama so tinggal bongsu lelaki. Arwah atuk aku ada meninggalkan 2 tanah, 1 tapak rumah 1 lagi tanah kebun, disebabkan ada sorang je lelaki so dorg decide letak la anak lelaki sebagai pentadbir utk uruskan tanah2 itu. Sekarang ni Pakcik aku dah meninggal and sebelum dia pergi dia tukar nama tanah kepada anak2 lelaki dia. Mak aku n makcik2 lain dah slow talk dengan bini arwah n ank2 and wife arwah background ustazah. dia kata mcm mana pon tanah tu tetap dah jadi milik anak2 dia bukan dah kepada waris2 asal iaitu mak aku n adik beradik perempuan yang lain. soalan aku 1) betul ka tanah pusaka family mak aku mmg dah jadi hak ank2 arwah pakcik aku mengikut faraid? 2) siapa yang pandai dalam bab ni, boleh ker kita fight benda ni? kalau kata nak bukti semua xder la pulak bukti nyer cuma kalau ikut pejabat tanah boleh tahu la mula2 tanah tu nama atok, then tukar ke pakcik and lepas tu ke anak lelaki dia..
Quote msdummy.2018 3-7-2023 03:21 PM
Edited by msdummy.2018 at 3-7-2023 03:22 PM
malutapimahu replied at 3-7-2023 03:16 PM
nak mintak 2nd opinion pernah ja tanya lawyer jawapan ehh memang susah dan xkan dapat dah.

Mak aku ...


Aku cuma nk ckp, biasa setajah atau agama mode ni..kalo bab harta tiba2 buat lupa tanggungjawab...ko leh ckp kat mkcik ko..sila menjawab kat akhirat sana sebab bersekongkol makan hrta orang...

Bukan hak dia punnn..cuma nk tadbir tuh dh susah sb dh jd berlapis2...ko g jer naik pejabat harta pusaka..nti dia akan explakn..ko boleh tuntut..cuma akan jadi makan masa pakej ek bergaduh sesama sedara..selamat bergaduhhhh

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.085730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top