CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Panjangkan Lagi Isu' - KPISM Serah Siasatan Dakwaan Tiong King Sing Pada Pengurusan Tertinggi

3-7-2023 07:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 372| Komen: 1

Kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa wujud budaya rasuah di pintu masuk negara akan diserahkan kepada pengurusan tertinggi.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya sudah membuat pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).



YouTube Harian Metro

"Hasil pertemuan, pihak pengurusan berjanji akan mengambil satu siasatan yang adil dan menyeluruh mengenai siasatan kejadian berkenaan.

"Jadi kita minta supaya tidak memanjangkan lagi isu ini sehingga siasatan selesai," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ketika ini pegawai di lapangan memang marah dan terkilan dengan dakwaan yang dibuat menteri berkenaan.

"Namun, kita percaya pihak pengurusan tertinggi JIM dan KDN akan melakukan siasatan yang adil dan saksama," katanya.


Sebelum ini tular insiden membabitkan King Sing, pegawai Jabatan Imigresen dan seorang pelancong warga China yang ditahan pihak berkuasa berkenaan di balai ketibaan KLIA.

Menteri berkenaan mendakwa beliau cuba menghentikan 'budaya rasuah' Jabatan Imigresen yang didakwa berlaku dalam proses ketibaan warga asing di KLIA.

Semalam KPISM kesal dengan tuduhan King Sing sambil menegaskan, jika benar dakwaan rasuah, ia perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 3-7-2023 09:08 AM
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya better concentrate pd tugas yg diberi. Job scope anda di situ sahaja. Jgn nak lebih-lebih.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.029642 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top