CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawar Tandas Percuma Untuk Pemandu Tersangkut Kesesakan

2-7-2023 09:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1055| Komen: 14

Setiu: "Niat kami sekeluarga cuma nak bantu kerana kasihan lihat mereka terperangkap dalam kesesakan untuk pulang ke rumah terutama yang ada anak kecil," kata Muhammad Hafiz Sakarnor.

Muhammad Hafiz, 30, adalah anak kepada pesara syarikat utiliti, Sakarnor Yunus, 57, juga pemilik sebuah rumah di Kampung Saujana, di sini yang bermurah hati menawarkan kemudahan tandas percuma kepada pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan, malam semalam.


Difahamkan, pengguna terbabit dalam perjalanan pulang dari kampung halaman ke rumah mereka selepas meraikan sambutan Aidiladha dengan keluarga tercinta.


Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas dikongsikan Nik Norkatijah Mohd Razak, 32, iaitu salah seorang yang singgah di rumah Sakarnor.

Muhammad Hafiz berkata, dia sekeluarga menyedari hadapan rumahnya sesak kenderaan bermula jam 7 petang semalam.

Menyedari ada pengguna yang mahu 'melepaskan hajat' selepas tersangkut lama dalam kenderaan menyebabkan mereka sekeluarga terpanggil untuk membantu.

"Mulanya ada seorang pengguna saja singgah ke rumah untuk bertanya di mana surau terdekat jadi saya tunjukkan jalan dan ikutkan dekat cuma boleh jadi berjam lamanya kerana kesesakan lalu lintas.

"Jadi, saya pun tawarkan tandas dan melihat kesesakan jalan yang teruk, saya pun ambil potongan kotak dan tulis di atasnya perkataan 'tandas percuma, masuk je' supaya orang lain boleh singgah tanpa segan silu.

"Sebelum itu, saya sudah tanya dengan emak dan ayah dulu dan mereka okay saja jadi sejak Maghrib hingga 11 malam orang bersilih ganti datang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, selain beri kemudahan tandas, dia sekeluarga ada juga sediakan ruang untuk mereka yang mahu singgah menunaikan solat.

"Dalam ramai yang datang, ada yang beri duit dan walaupun sudah tolak namun mereka tetap nak bagi kerana niat sedekah.

"Ada juga yang minta nak sewa bilik kerana nak balik keesokannya dan kebetulan ada satu bilik kosong jadi kami memberinya bermalam.

"Tak sangka pula boleh tular kerana setakat bantu apa yang termampu malah tak pernah nampak jalan depan rumah sesak macam itu sekali.

"Difahamkan, kesesakan teruk itu terjadi kerana mereka mengikut laluan pintas berpandukan aplikasi navigasi," katanya.

Sementara itu, Nik Norkatijah, 32, berkata, niatnya berkongsi hantaran di Facebook (Fb) sekadar tanda penghargaan buat Sakarnor kerana memudahkan urusannya dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, pertolongan diberi itu sangat besar maknanya buat pengguna yang terperangkap lama dalam kesesakan lalu lintas.

"Saya, suami, ibu mentua dan tiga anak dalam perjalanan pulang dari Kuala Besut ke Kuala Terengganu semalam.

"Sepatutnya kami boleh sampai ke destinasi dalam tempoh sejam setengah saja tetapi tersangkut lama kerana jalan sesak.

"Dalam kesesakan itu, saya ternampak rumah berkenaan dan nampak ramai singgah, ingatkan jual apa rupanya kerana ada kemudahan tandas percuma.

"Jadi, kami pun singgah dan rezeki kami agaknya jumpa tuan rumah baik seperti mereka kerana nampak mereka beri layanan baik kepada semua yang datang," katanya.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-7-2023 09:36 PM
Bila kita permudahkan.hidup orang....Allah akan permudahkan hidup kita...begitu juga sebaliknya...

Terbaik family ni...
Quote prizadane 2-7-2023 09:45 PM
Alhamdulillah ada lagi manusia yang baik seperti family ni. Semoga ramai lagi yang berhati mulia seperti mereka…
Quote OshinDaSolja 2-7-2023 10:02 PM
bagus family ni,, semoga mereka sekeluarga dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari segala musibah
Quote Carcosa 2-7-2023 11:10 PM
Mulianya hati kamu.
Sbb kalau meols, mmg takboleh meols lakukannya.
Dgn strangers nya yg berak/kencing, mesti basah2 toilet, ada plk nak sewa bilik. Yihhh, nmpk sgt hati meols hitam kelam seperti malam
Quote imransulaiman 2-7-2023 11:17 PM
Kat kampung arwah ayah saya ada satu famili macam ni. Siap buat surau kecil untuk orang tumpang solat...boleh muat dalam 10 orang berjemaah. Memang laluan utama long distance..dan jauh daripada pit stop. Orang kampung pun boleh tumpang toilet/solat kalau nak.
Quote Perawankota 3-7-2023 01:05 AM
Kadang3 aku sampai rasa nak request portable toilet letak kt tepi highway karak Bentong klu time festive…

Tapi mengenangkan ramai sgt yg tak reti guna tandas elok2, aku rasa baik tak payah..

Quote isseliparjepun 3-7-2023 08:07 AM
Bagusnya mereka ni. Semoga Allah swt permudahkan urusan dunia akhirat dan murahkan rezeki mereka. Seronok tengok orang buat baik, kita pun rasa nak buat juga.
Quote vanillaninja 3-7-2023 08:36 AM
Kalau I pun belum tentu mampu nak buat macam apa yang family ni buat. Takut toilet sepah anyway, semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki untuk theyols.
Quote otai_g 3-7-2023 09:04 AM
Tp yg pihak berwajib mcm buat2 x nmpk plk masalah rakyat ni.
Quote epullipan 3-7-2023 09:09 AM
otai_g replied at 3-7-2023 09:04 AM
Tp yg pihak berwajib mcm buat2 x nmpk plk masalah rakyat ni.

yg dorang mcm menteri tu nampak is how nak lepas kan pelancong china kat klia tu
Quote EriaDoritis 3-7-2023 09:11 AM
Carcosa replied at 2-7-2023 11:10 PM
Mulianya hati kamu.
Sbb kalau meols, mmg takboleh meols lakukannya.
Dgn strangers nya yg berak/kenci ...

Ya, bukan senang kita nak bagi strangers masuk rumah kita.
Iols pun sama
Bukan sebab hati hitam ke apa...
Sebab mmg jenis tak boleh.
Mungkin boleh kaitkan dengan cerewet...or introvert
Quote KamikuP 3-7-2023 10:29 AM
Bagus famili ni. moga Allah kurniakan kebaikan di dunia dan akhirat. AAmin
Quote SWORKS27 3-7-2023 11:06 AM
asbab pahala bagi setiap kebaikan keluarga ni di akhirat kelak....
Quote mizruncing 3-7-2023 11:24 AM
klu umah aku laluan yg jem2 pon rasa nk buat camni. happy dapat tolong org

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.140086 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top