CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kabin Kaca Menara Taming Sari Tersangkut, 36 Pengunjung Cemas

2-7-2023 09:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1314| Komen: 13

Melaka: Lebih 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila kabin kaca Menara Taming Sari, di Banda Hilir, di sini, tersangkut pada ketinggian 60 meter, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 5.55 petang dan mangsa dikatakan terperangkap lebih 20 minit sebelum diselamatkan.


Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari (MTS) Azlan Abidin berkata, kejadian berlaku ketika kabin itu berada di ketinggian kira-kira 60 meter ketika bergerak turun.


"Terdapat seramai 36 pelanggan termasuk lapan kanak-kanak dan masing-masing seorang warga emas serta orang kurang upaya (OKU) berada di dalam kabin ketika kejadian.

"Kami mengambil langkah awal dengan membawa turun kesemua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pelanggan berada dalam keadaan selamat," katanya.

Menurutnya, kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh pasukan teknikal bagi mengenal pasti punca utama pemasalahan berlaku.


Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Abd Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.58 petang.

"Ketika pasukan bomba tiba, kabin sedang dalam perjalanan turun dan difahamkan pihak MTS menggunakan motor sokongan untuk berbuat demikian.

"Memandangkan kabin dapat beroperasi dan turun, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang turut berada di lokasi bersedia memantau jika terdapat mangsa yang mengalami sesak nafas atau memerlukan bantuan," katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan selepas semua pelanggan MTS berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa.


Sumber: Harian Metro








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-7-2023 09:23 PM
Tak pernah naik.. best ka?
Quote OshinDaSolja 2-7-2023 10:07 PM
tu la tu,,bnyk kali singgah Melaka tak pernah lg naik menara ni... area situ terhibur tengok beca warna warni siap dgn sound system...Melaka mmg happening dan best mkanan pun sedap2
Quote whimsicalmusic 2-7-2023 10:41 PM
Tinot7: Tak pernah naik.. best ka?
untuk sight seeing ok la. bkn utk thrill mcm solero shot tu, die slow je
Quote otai_g 2-7-2023 10:53 PM
Tinot7 replied at 2-7-2023 09:23 PM
Tak pernah naik.. best ka?

Best tp pd iols harga sedikit keras. Bkn lama pun naik bnd tu. Bg b40 maybe agak terbeban dgn harga mcm tu.
Quote edayildiz 2-7-2023 11:32 PM
aritu kwn ajak naik..xnakkk ke..sbb i takut tinggi..
naikk flight pun gegar sikit je pun dh gelabah apatah lg nak naikk benda ni
3 hr lps entah laki sapa i peluk dlm flight..maaf la bininyaa..i masa tu kan flight bergegar lama sgt..ngan ujan nya lagi..mmg takutt ..dh la xsolat asar masa tu rushing nk naik flight
Quote Perawankota 3-7-2023 01:07 AM
Tinot7: Tak pernah naik.. best ka?


3,4kali dah naik.. 1st time teruja.. 2nd time try waktu malam. Pastu mcm biasa kena paksa naik teman org.

Tapi lepas ni tak nak lah naik. Seram pulak bila dah jadik kes mcmni
Quote Tinot7 3-7-2023 01:25 AM
whimsicalmusic replied at 2-7-2023 10:41 PM
untuk sight seeing ok la. bkn utk thrill mcm solero shot tu, die slow je

Oh takpe la..
Quote Tinot7 3-7-2023 01:26 AM
otai_g replied at 2-7-2023 10:53 PM
Best tp pd iols harga sedikit keras. Bkn lama pun naik bnd tu. Bg b40 maybe agak terbeban dgn harg ...

Eh mcm menarik pulak..
Quote Tinot7 3-7-2023 01:26 AM
Perawankota replied at 3-7-2023 01:07 AM
3,4kali dah naik.. 1st time teruja.. 2nd time try waktu malam. Pastu mcm biasa kena paksa naik tem ...

Maknanya kena naik sekali je la kan..
Quote Perawankota 3-7-2023 01:31 AM
Tinot7 replied at 3-7-2023 01:26 AM
Maknanya kena naik sekali je la kan..

Sekali cukuplah janji merasa.. Tapi bila dah jadi mcmni berani ke nak naik lagi
Quote Tinot7 3-7-2023 01:37 AM
Perawankota replied at 3-7-2023 01:31 AM
Sekali cukuplah janji merasa.. Tapi bila dah jadi mcmni berani ke nak naik lagi

Lepaih ni musti deme lagi gigih betulkan menda alah tu..
Quote mamajawie 3-7-2023 10:06 AM
ok la iollss baru je naik sabtu lepas..sanggup ye iollss g melaka semata2 nk jumpa 3m nk buat video wes anderson dgan heollss..wakakakkaka
Quote dekmieDandy 5-7-2023 09:28 AM
pernah naik sekali je, teringin nak naik time malam tak sempat lagi

pasai maleh nak drive masuk melaka

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.041739 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top