CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Jentera Bomba Datang Tangkap Ular Halus

2-7-2023 07:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1020| Komen: 7

Melaka: Seramai lima anggota bomba dikejarkan ke sebuah kediaman di Bukit Katil, dekat sini, selepas menerima panggilan kecemasan untuk perkhidmatan khas menangkap ular sepanjang 50 sentimeter.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II (KUP) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Khairul Naim Abu Kasim berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.55 petang dan seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi.

SEORANG anggota bomba memegang ular tedung selar sepanjang 50 cm yang ditemui di belakang sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka, hari ini.

“Jentera sampai pada pukul 2.03 petang dan kita menjumpai ular kira-kira 50 sentimeter di belakang rumah berkenaan.

“Ular jenis tedung selar itu berjaya ditangkap kira-kira 8 minit kemudian dan pasukan balik semula ke balai selepas keadaan selamat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Tambahnya, difahamkan panggilan tersebut dibuat seorang lelaki berusia 30-an dan ular kecil itu dijumpai oleh pemotong rumput yang diupah untuk membersihkan kawasan semak di belakang rumahnya.

“Sebelum itu dua ekor kucing peliharaannya dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkannya khuatir sekiranya telah dibaham ular tetapi yang kita ditangkap itu terlalu kecil dan kebiasaannya hanya ular sawa yang membaham haiwan lain,” katanya.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut turut dilakukan di sekeliling kawasan kediaman berkenaan bagaimanapun pasukannya tidak menjumpai bangkai kucing ataupun kesan kehadiran haiwan reptilia lain.

Khairul berkata, pihaknya sentiasa komited terhadap aduan-aduan kecemasan yang diterima dan tidak pernah memandang remeh kes apatah lagi melibatkan aspek keselamatan masyarakat. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 2-7-2023 07:54 PM
Ada anak maksudnya adalah maknya tu. Tedung selar jgn buat main.. ni masalah kalo rmh atas tanah terdedah dgn haiwan2 berbisa mcm ni lah
Quote blue_blur 2-7-2023 10:07 PM
adoi la.. pass la ke jpam.. bomba dah patut asing2 kan kes ikut kategori..

saiz macam ni kucing2 kat rumah buat mainan sampai mati ja...
Quote CiliPadiSedap 3-7-2023 07:28 AM
blue_blur: adoi la.. pass la ke jpam.. bo ...


Kucing skrng pemalas sis. Ramai tunggu wet food. Kerja tidur makan tidur makan.
Quote bulalof 3-7-2023 07:34 AM
wpun size kecik, bisanya tetap sama.
Quote noor2 3-7-2023 07:38 AM
Hellooo...ular tedung ni walaupun baby baru lahir bisa dia tetap boleh membunuh....
Quote LautBiru52 3-7-2023 07:40 AM
Bahaya kalau ade anak kecik. Diorang bukan tau pun bahaya ke tak
Quote unguaurora 3-7-2023 07:52 AM
Mmg bomba akan bawa jentera besar tu kalau kes kecik sekali pun. Rumah iols selalu ada ular. Bila bomba dtg, kecoh 1 kg

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.123803 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top