Kemaman: Dua ditemui maut, manakala lapan lagi dikhuatiri hilang selepas tragedi kepala air melanda kawasan perkelahan di Kampung Air Puteh, di sini, semalam. Dua mangsa yang maut disahkan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan lelaki berusia 20-an.
Berdasarkan maklumat, mayat wanita terbabit ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari, disusuli penemuan mayat kedua pada jam 5 petang. Sehingga kini, usaha mengesan lapan lagi yang dikhuatiri hilang sedang dijalankan. Berdasarkan sumber semua mangsa tragedi kepala air ini berusia antara empat hingga 40 tahun dikatakan membabitkan sebuah keluarga. Mereka dikatakan memasuki kawasan terbabit untuk berkelah kira-kira jam 5 petang semalam. Sumber: BH Online |
ADVERTISEMENT