CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Awam Kejar Van Lawan Arus

2-7-2023 07:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 471| Komen: 1

Ampang Jaya: Berlaku kekecohan sehingga tular di media sosial apabila orang ramai mengejar sebuah van yang memandu melawan arus di Jalan Besar Ampang, di sini, sehingga merempuh empat kenderaan semalam.


Dalam kejadian 12.14 tengah hari itu, pemandu van terbabit memandu melawan arus dan melanggar kereta Honda Jazz yang berhenti di bahu kiri jalan.

VAN dipandu melawan arus di Jalan Besar Ampang sehingga merempuh empat kenderaan semalam. GAMBAR tular

Van terbabit kemudian melanggar kereta Mitsubishi Attrage, Perodua Bezza dan Proton Wira yang sedang bergerak.

Video yang tular turut memaparkan pemandu terbabit cuba mengundur vannya dan dikejar orang awam sebelum dia berjaya melarikan diri.

Empat pemilik kenderaan terbabit sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 2-7-2023 11:29 PM
Babi2 yg lawan arus ni, bagusnya bertembung dgn lori bwk kayu balak. Biar mampos terus, pecah berderai kepala tu. Aman dunia ni bila diorang2 ni semua dah tak bernafas

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.156251 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top