CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Dengar Bunyi Muzik Kuat Sebelum Wanita Ditemukan Maut

2-7-2023 04:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1512| Komen: 10

Kota Bharu: Jiran menyifatkan mangsa yang maut dipercayai ditikam oleh bekas suaminya seorang peramah, namun tidak mengenalinya secara dekat berikutan wanita itu baru menyewa selama dua bulan di perumahan Taman Desa Darulnaim, Pasir Tumboh, di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 40-an, maut disyaki ditikam bekas suaminya berusia 40-an yang juga cedera parah dipercayai menikam perutnya sendiri.

Jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Aini, 40, berkata mangsa baru dua bulan menyewa di perumahan itu bersama anak saudara perempuan.

Lokasi seorang wanita yang juga peniaga air maut dipercayai ditikam bekas suaminya di Taman Desa, Pasir Tumboh. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Katanya, mangsa tinggal berdua dengan anak saudaranya dan tidak nampak orang lain selain daripada mereka.


"Mangsa seorang yang peramah, sering menegur jika saya melalui hadapan rumah sewanya, namun saya tidak sempat berkenalan dengannya berikutan wanita itu menjual air balang dari pagi hingga petang dan saya juga bekerja dengan orang.

"Namun, saya terkejut apabila mengetahui mangsa maut dipercayai ditikam bekas suaminya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Aini berkata, sebelum kejadian, dia dan beberapa jiran ada terdengar bunyi muzik yang kuat datang dari rumah itu.

"Saya tidak sangka kejadian itu berlaku di sini selepas tinggal di lokasi ini sejak 19 tahun yang lalu," katanya.

Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Jah, 60-an berkata dia mengetahui kejadian selepas melihat polis dan banyak kereta di hadapan rumah itu.

"Selepas beberapa minit, saya lihat polis angkat mayat dalam plastik hitam dan barulah saya mengetahui mengenai kes wanita meninggal disyaki ditikam," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang juga peniaga air balang maut dipercayai ditikam bekas suaminya di Taman Desa, Pasir Tumboh, di sini, pagi tadi.

Dalam itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an, maut di lokasi kejadian, manakala bekas suami mangsa turut parah di perut dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, untuk rawatan lanjut.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-7-2023 04:51 PM
Takziah kpd keluarga..

Awat la sampai nak tikam.. bawak berbincang takleh ka? Mamat tu isap gam ka apa?
Quote Buritan 2-7-2023 04:54 PM
Tinot7 replied at 2-7-2023 04:51 PM
Takziah kpd keluarga..

Awat la sampai nak tikam.. bawak berbincang takleh ka? Mamat tu isap gam ka  ...

Nak duut tak dpt.. ujung ujung tikamm
Quote Tinot7 2-7-2023 04:58 PM
Buritan replied at 2-7-2023 04:54 PM
Nak duut tak dpt.. ujung ujung tikamm

Dah cerai.. terima je la kenyataan..
Quote Buritan 2-7-2023 05:54 PM
Tinot7 replied at 2-7-2023 04:58 PM
Dah cerai.. terima je la kenyataan..

Tah Tah dadah.. ape org dadah Tau itu kenyataan.. org yg normal pun bangang dgn kenyataan
Quote Tinot7 2-7-2023 07:28 PM
Buritan replied at 2-7-2023 05:54 PM
Tah Tah dadah.. ape org dadah Tau itu kenyataan.. org yg normal pun bangang dgn kenyataan

Iols pun rasa dadah..
Quote Lagubestbest 4-7-2023 01:31 PM

mane de dadah, air balang jelah.
Quote matseh 4-7-2023 02:25 PM
Cemburu la.. Janda dia dah ada BF.
Quote ninja boy 4-7-2023 02:41 PM
Gila talak bahaya, kena pindah negeri sebelah atau negeri sarawak, tukar kerja jgn balik kg nopon tukar ghosting dari rakan sibling pergi report polis
Quote Tinot7 4-7-2023 08:59 PM
Lagubestbest replied at 4-7-2023 01:31 PM
mane de dadah, air balang jelah.

Ayaq ketum lerr tuhh..
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:30 AM
kesiannya... salam tkziah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.048572 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top