CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kena Denda RM2,500 Jadi Keldai Akaun

2-7-2023 04:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1214| Komen: 10

Muar: Seorang jurujual didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas didapati bersalah menjadi keldai akaun.

Tertuduh, Nuralisa Rahayu Zulkifli, berasal dari Pahang dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin, sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.


Dia juga boleh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.


Nuralisa Rahayu didakwa menjadi keldai akaun apabila memperoleh wang RM21,000 daripada seorang lelaki berusia 25 tahun untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang tidak wujud.

Kejadian berlaku apabila mangsa melihat satu iklan di Facebook berkaitan pinjaman peribadi menyebabkannya tertarik untuk memohon.

Pengadu kemudian diberikan satu pautan untuk memohon pinjaman RM30,000.

Pengadu kemudian diminta membuat transaksi dalam talian berjumlah RM27,000 ke akaun seorang lelaki bernama Lokman Awang serta satu lagi akaun atas nama tertuduh berjumlah RM21,000.


Pada 20 hingga 23 Mac lalu, pengadu tidak menerima wang pinjaman seperti dijanjikan malah dia turut diminta memasukkan lagi RM10,000 untuk memproses pinjaman tidak wujud.

Ini menyebabkan pengadu hairan kerana pinjaman dijanjikan tidak ada malah terpaksa menanggung kerugian keseluruhan RM38,000 sebelum membuat laporan polis.

Semakan pihak bank mendapati, akaun terbabit sah milik tertuduh yang didakwa digunakan untuk membantu 'scammer'.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabihah Mohd Nor manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 2-7-2023 04:26 PM
Harap pengadu dapat balik duit dia.. Kesian..
Quote krustykrab 2-7-2023 04:30 PM
Lokman awang tak kena ke?
Quote slyfynx 2-7-2023 05:11 PM
Ko niat nak pinajm 30k kan?
Tp leh la transfer duit sampai lebih 20k
Watpe nk pinjam ntah
Quote kitaserupaaa 2-7-2023 05:21 PM
Edited by kitaserupaaa at 2-7-2023 05:22 PM

Aku pernah buat aduan psl kes scammer utk transaksi rumah subsale yg kononnya direct by owner. Masa tu scammer yg menyamar owner mintak aku transfer deposit ke akaun 3rd party syarikat property advert yg famous kt msia tapi address bank kt eropah. Aku refuse & mintak local bank acc. Dia bagi satu acc bank rimau yg owner nye wanita melayu. Aku check kt fb profile acc guna nama sama. At the same time aku emel juga property ad tu psl kesahihan bank kt eropah tu. After dpt response, aku log police report sekali dgn no bank acc wanita melayu tu. Walaupun takde apa2 pindahan wang, harapnya ada la tindakan kat pemilik keldai akaun ni
Quote _blackbird 2-7-2023 06:43 PM
kalau curi gambar jiran catfish org mcm @Bipolajourney boleh juga ke report???
Quote Bipolajourney 2-7-2023 08:10 PM
Report je nyah. Jangan kantoi menipu lagi.
Patutlah kau kena tipu dengan budak berusia 14 tahun jangan jangan kau kerja menipu orang sekeliling.
Quote BumpIQ 2-7-2023 08:18 PM
Bipolajourney replied at 2-7-2023 12:10 PM
Report je nyah. Jangan kantoi menipu lagi.
Patutlah kau kena tipu dengan budak berusia 14 tahun jang ...

JANGAN KANTOI MENIPU TAK BOLEH MOVE ON DARI EX KAN TAPI MASIH STALK EX DI TAHUN 2021 WAKAKAKAKA
Quote gigahertz 2-7-2023 10:34 PM
slyfynx: Ko niat nak pinajm 30k kan?Tp leh la transfer duit sampai lebih 20kWatpe nk pinjam ntah
macam bangang kan. dia nak pinjam duit dia yang kena bayar pulak.

Quote _blackbird 3-7-2023 02:51 PM
Bipolajourney replied at 2-7-2023 12:10 PM
Report je nyah. Jangan kantoi menipu lagi.
Patutlah kau kena tipu dengan budak berusia 14 tahun jang ...

yeke nokkk??? ko ni multinick duda ke nokkk kulu kilir ber nyah nyah pulop


akhirya nyah diikat utk di hantar ke rumah bainon utk rawatan siraman air coway panas
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:20 AM
kesiann gak....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.041708 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top