CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Lagi Sampah Sarap Cacatkan Pemandangan, Hunny Madu Gembira Pihak Perbandaran Ambil Tindakan Bersih Pantai Tok Bali

2-7-2023 03:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1597| Komen: 22

Penyanyi dan pengacara Hunny Madu meluahkan rasa teruja apabila dimaklumkan kawasan Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan sudah dibersihkan selepas pernah membuat video mengenai sampah sarap yang memenuhi tempat tumpuan pelancong itu.


Hunny atau Hani Farhana Mohd Hatim, 39, berkata, dia gembira apabila pihak Majlis Perbandaran Pasir Puteh mengambil tindakan segera membersihkan kawassan tersebut.


"Saya baru dapat tahu beberapa minggu lalu Majlis Perbandaran Pasir Puteh telah membersihkan pantai Tok Bali selepas video yang saya kongsi tentang kawasan itu kotor dan dipenuhi sampah tular.

"Saya dapat tahu kebanyakan kawasan itu adalah milik peribadi tapi kawasan awam sudah pun dibersihkan oleh majlis perbandaran dan saya ucapkan tahniah serta terima kasih," katanya.

Hunny berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya yang turut memaparkan beberapa perkerja Majlis Perbandaran Pasir Puteh sedang membersihkan kawasan tersebut.


Dalam pada itu, Hunny menggesa pihak kerajaan negeri mengenakan tindakan saman terhadap pemilik tanah persendirian yang gagal membiarkan kawasan mereka dipenuhi sampah sehingga menyebabkan pencemaran.

"Pasti susah nak bersihkan semua sebab banyak tanah milik peribadi. Saya sarankan untuk pihak kerajaan negeri Kelantan ambil tindakan terhadap mereka. Saman sahaja mereka.

"Tolong saman mereka ini supaya mereka bersihkan kawasan itu untuk pastikan keindahan alam kita terpelihara. Itu sahaja," kongsinya.


Bagaimanapun menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Hunny memaklumkan kawasan tersebut masih lagi kotor dua minggu lalu.

Sebelum ini, Hunny meluahkan rasa kecewa apabila menyaksikan sendiri pencemaran yang berlaku ketika berkunjung ke Pantai Tok Bali yang dipenuhi sampah sarap.

Kata Hunny, niat untuk membeli ais krim ketika berkunjung ke kawasan itu terbantut apabila melihat kawasan berkenaan kotor dan mencacatkan pemandangan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 2-7-2023 04:42 PM
Kan bgus klu mentaliti rakyat msia ni jenis jaga kebersihan… teringin nak tgk tanahair ni mcm jepun bersih aja
Quote dudaberhias 2-7-2023 05:26 PM
sekejap je tu bersihnya nyahhh...

tunggu la beberapa bulan lagi...

jap lagi jadi la balik macam bilik mak wan latah dan bilik ira kazar penuh kain baju dalam bakul tu...

Quote honeybee1802 2-7-2023 06:07 PM
Adakah dibersihkan sbb takut honeymadu ni balik kampung?haha...tp betul weii..belah2 selangor ni...rumah taman la...tak potong rumput lalang mau kena saman weii..kawan aku la penah kena...
Quote Komenga 2-7-2023 06:18 PM
bagusla. nak kena viral baru nak bersihkan. harap istiqomah la
Quote prizadane 2-7-2023 06:19 PM
honeybee1802 replied at 2-7-2023 06:07 PM
Adakah dibersihkan sbb takut honeymadu ni balik kampung?haha...tp betul weii..belah2 selangor ni...r ...

Serious ah? Area mana tu? Okay, aku nak report rumah jiran aku rumput meninggi. Dah la rumah betul-betul depan entrance masuk taman ni. Rumput tak reti nak potong. Siap ada 2 biji reban ayam… spoiled gila
Quote honeybee1802 2-7-2023 06:28 PM
prizadane replied at 2-7-2023 06:19 PM
Serious ah? Area mana tu? Okay, aku nak report rumah jiran aku rumput meninggi. Dah la rumah betul ...

Sepang..daerah lain tak tau le...
Quote eyansss 2-7-2023 06:56 PM
prizadane: Serious ah? Area mana tu? Okay, aku nak report rumah jiran aku rumput meninggi. Dah la rumah betul-betul depan entrance masuk taman ni. Rumput tak ret ...


komplen je kat majlis…  kami under mbsj n jiran buat report kat satu rumah ni sebab rumput melampau panjangnya…  pastu mbsj contact owner…  la ni baru la reti appoint orang untuk potong setiap bulan…

Quote dudaberhias 2-7-2023 07:44 PM
prizadane replied at 2-7-2023 06:19 PM
Serious ah? Area mana tu? Okay, aku nak report rumah jiran aku rumput meninggi. Dah la rumah betul ...

rasanya kawasan rumah taman yang di kawal majlis daerah memang semua boleh report kaka...
macam kawasan iols ni pun boleh report pada majlis kalau rumah semak samun...

rumah orang tak duduk pun memang kena racun rumput ke lalang tu tiap2 bulan... kalau tidak boleh kena report...
Quote Hoola 2-7-2023 08:49 PM
elokla
msians mentality mmg sampah
satu lg majlis2 pun letak la tpt buang sampah besar2 byk2
kdg org nk buang tp xde tongg
Quote heythere123 2-7-2023 09:01 PM
ada bagusnya sheols viralkan haritu, biar reti sikit nak malu
Quote Whitney72 2-7-2023 09:58 PM
Alah..sbb nk election..ambil lar tindakan sekejap..lps sama2 biol.. haha pnduduk pun biol, Majlis pun biol...Islamik sgt lar cam tu
Quote OshinDaSolja 2-7-2023 10:16 PM
pernah pergi pantai ni dgn adik2 iollz.... mmg keadaan pantai ni sgt2 la kotor penuh sampah sarap bagaikan tapak pembuangan sampah... luckily dkt kawasan gigi air tu xde smpah...cuma di sekitar tebing tu punyalah bnyk.. semua sampah ada dari sisa makanan, plastik2 kecik besar, pampers budak smpai la sampah barang2 rumah mcm perabot2 reput dan sebagainya...jijik tahap meloyakan... weolz compare dgn pantai Merdeka di Kedah tempat weolz selalu visit.. sekitar pntai dia punyalah bersih, selesa dan terjaga...padahal dua2 pun negeri Pas geng2 kopiah putih...what is wrong with Kelantan huh? pathetic
Quote mehmet 2-7-2023 11:18 PM
Senang nak buat collection. Pasang spy. Masuk
Ceruk kawasan perumahan.

Check rumah2 under Reno. Ada permit ke tak.
Quote mehmet 2-7-2023 11:19 PM
Ku tahu Sepang strict. Mana2 rumah reno mmg ada spy check permit ado ka.
Quote mehmet 2-7-2023 11:20 PM
Cara gaya rakyat nya semua kaya2 belaka. Rumah siap gold2 besar2. Kereta semua boleh tahan.
Quote DeLuna85 3-7-2023 07:30 AM
Pastu dia feeling suara dia paling di dengari
Quote Blue_Aurum 3-7-2023 09:05 AM
OshinDaSolja replied at 2-7-2023 10:16 PM
pernah pergi pantai ni dgn adik2 iollz.... mmg keadaan pantai ni sgt2 la kotor penuh sampah sarap ba ...

Sbb rakyat dia sendiri pengotor. Satu lagi negeri bwh pas, ganu, bersih aje pantai nye. Xde la pengotor sgt mcm belah nun
Quote Burong_Hantuk 3-7-2023 09:07 AM
villa / Hotel si haplin kat tok bali dah bankrup kah?
Quote hayrin86 3-7-2023 09:31 AM
September14 replied at 2-7-2023 04:42 PM
Kan bgus klu mentaliti rakyat msia ni jenis jaga kebersihan… teringin nak tgk tanahair ni mcm jepun ...

Bukan tanahair ini aje macam negara matahari terbit, malah seluruh planet bumi sekaligus..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top