CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Lahad Datu Lega Malaysia Menang Kes Tuntutan Sulu

2-7-2023 01:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 905| Komen: 6

Lahad Datu: Kemenangan bersejarah yang diperoleh Malaysia dalam kes tuntutan kumpulan Sulu baru-baru ini, memberi keyakinan kepada penduduk di sini bahawa kerajaan Persekutuan berterusan memastikan cubaan kumpulan itu untuk mengganggu gugat kedaulatan negara digagalkan.


Ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Remang di Tungku, di sini, Juliana Binjin, 49, berkata keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak permohonan kumpulan Sulu itu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda, membuka mata dunia bahawa tuntutan berkenaan langsung tidak berasas.


"Tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu itu memberi kekeliruan kepada masyarakat di sini dan kita harap kerajaan Malaysia teruskan usaha menangani isu kumpulan Sulu ini," katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, penduduk Lahad Datu terkesan dan trauma dengan tragedi pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, membawa kepada pertempuran pada 1 Mac 2013 di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.


Kumpulan itu menggelar diri mereka Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, dan konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

Sementara itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tungku, Momen Angchai berkata, rakyat perlu bersatu hati dalam memastikan sebarang tuntutan kumpulan Sulu itu digagalkan.

"Kemenangan kita di mahkamah itu melegakan, terima kasih kepada Perdana Menteri dan pemimpin terlibat kerana memandang serius tentang hal ini.

"Ketika ini soal keselamatan di Dewan Undangan Negeri Tungku tidak merisaukan jika dibandingkan pada tahun 2014 setahun selepas tragedi itu (pencerobohan) di mana penduduk kampung berasa trauma dan aktiviti sosio-ekonomi lumpuh," katanya.

Momen dalam pada itu berharap, kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan Kem Tentera di Felda Sahabat seperti yang pernah diumumkan kerajaan Persekutuan sebelum ini, dalam usaha menjamin keselamatan di kawasan tersebut.

"Adanya kem ini bukan sahaja penduduk dan pelancong berasa selamat, musuh juga berasa gentar untuk mengganggu gugat keselamatan kita," katanya.

Penduduk Kampung Tamoi, Mohd Nor Mansor Abdul Majid, 46, turut gembira dengan keputusan itu namun pada masa sama berasa bimbang sekiranya kejadian tragedi Tanduo pada 2013 itu berulang.

"Mungkin kumpulan ini berasa tidak puas hati dengan kekalahan dan cuba sekali lagi untuk menceroboh masuk ke daerah ini," katanya.

Pada 22 Jun lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri itu.

"Kita tidak nampak tanda-tanda atau kesan sebarang ancaman setakat ini...dari segi kawalan sempadan, kita hendak memberi jaminan pihak anggota keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya mengulas mengenai kebarangkalian kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menceroboh Sabah, selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap Malaysia.

Pada 6 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah selepas Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa seorang penimbang tara Sepanyol pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan kumpulan Sulu.

Malaysia sekali lagi memperoleh kemenangan apabila keputusan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada 27 Jun juga memihak kepada negara ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 2-7-2023 08:14 PM
Filipina tu negara Republik tak iktiraf konsep Monarki.

Tapi cuba iktiraf Sulu.

So ......
Quote B40tastePosh 2-7-2023 08:16 PM
Semua suku Suluk harus digugurkan status Warganegara Malaysua dan dihantar semula mereka ke Pulau Sulu.
Quote sayurmayur88 3-7-2023 01:59 PM
B40tastePosh replied at 2-7-2023 08:16 PM
Semua suku Suluk harus digugurkan status Warganegara Malaysua dan dihantar semula mereka ke Pulau Su ...

suke hati kepala lutut ko je main hantar2.
Quote B40tastePosh 4-7-2023 09:03 AM
sayurmayur88 replied at 3-7-2023 01:59 PM
suke hati kepala lutut ko je main hantar2.

Ye hantar balik ke tanah leluhur mereka...keturunan lanun dan kaki scammer layak duduk di Pulau Sulu juga.

Sulu kahwin Kelantan dapat anak 2 kali ganda kaki scammer/penipu.
Quote dua_chzy 4-7-2023 12:06 PM
Korang bukan sokong sangat ke Sulu ni dulu?
Quote laqoyah 5-7-2023 10:05 PM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.492987 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top