Penyanyi Zaki Yamani menjelaskan teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ciapan menyebut namanya menyebabkan hidup dia menjadi huru-hara. Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 17, berkata, bapanya yang juga penyanyi Datuk Jamal Abdillah turut salah sangka dengan kenyataan Anwar itu selain menegurnya agar tidak mencampuri urusan berkaitan politik.
"Kepada pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-harakan nama saya hari ini. "Siapa nak jawab bila ayah saya sudah sound saya," katanya. Zaki menjelaskan salah faham itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. Pada malam Sabtu, Anwar memuat naik ciapan di Twitter miliknya meminta Zaki Yamani untuk membuat permohonan maaf dalam kadar segera. Individu yang dimaksudkan itu sebenarnya merupakan seorang pengguna Twitter yang menulis ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di hospital.
Menerusi ciapan sama, lelaki berkenaan berdoa agar Allah mengambil nyawa Hadi termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pada itu, Zaki terpaksa membuat penjelasan kerana menerima banyak pertanyaan daripada pengikutnya di laman sosial kerana menyangka dia individu dimaksudkan. "Sebab ramai yang DM tanya, twit ini bukan ditujukan kepada saya. Itu Zaki Yamani yang lain. Nama sahaja sama. "Sudah... jangan tanya lagi okay. Saya tidak ada buat salah apa pun," jelasnya. Sumber: mStar
|
Peachlilac replied at 2-7-2023 07:29 PM
I pon ingat tu dia. dah la twitter down tak boleh baca replies semalam. Hahahaha. Gigih I google. Ba ...
fadz84 replied at 2-7-2023 08:39 PM
Twitter dh limitkan jumlah bacaan post daily utk pengguna unverified, new unverified uols.. kalau ...
Orix replied at 2-7-2023 06:35 AM
kelakar pulak iols dgan bangnon. Gigih mencapub. Kau PM kot, bukan ketua PKR cawangan permatang pauh ...
Orix replied at 2-7-2023 02:35 PM
kelakar pulak iols dgan bangnon. Gigih mencapub. Kau PM kot, bukan ketua PKR cawangan permatang pauh ...
ADVERTISEMENT