CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal Bolos ABPBH 35, Bukan Bererti Nad Zainal Kalah

2-7-2023 12:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1404| Komen: 12

Ibarat sekali air bah, sekali pantai berubah, begitu juga putaran roda Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang kini masuk edisi ke-35.

ABPBH 35 mencipta banyak kejutan apabila ramai nama besar yang pernah memenangi mengungguli trofi popular dan sering bersaing dalam pelbagai kategori gagal mara ke kelompok Top 5.



Biarpun begitu, tiada erti putus semangat dan kecewa selepas gagal melepasi pencalonan awal, sebaliknya tetap berterima kasih kepada peminat yang menyokong dan mengundi.

Bagi pelakon berbakat, Nad Zainal, 33, tidak bolos kelompok Top 5 bukanlah satu kekalahan besar buatnya.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia tidak melihat anugerah sebagai kayu pengukur buat dirinya sebagai pelakon.

"Sebelum ini, saya jarang bolos kelompok Top 5. Disebabkan itu, jujur saya tidak kecewa atau kecil hati.

"Ini kerana sudah bertahun-tahun saya berhadapan dengan semua ini.


"Jadi, apabila nama saya sekali lagi tiada dalam senarai, ia tidak memberikan impak apapun. Saya masih menerima tawaran lakonan seperti biasa," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran bagi drama Mak Cun musim ketujuh.


Pada masa sama, bintang drama rantaian, Takdir Yang Tertulis itu juga tidak menafikan sebagai anak seni, populariti perlu, namun ia bukan keutamaan yang perlu dikejar.

"Sebahagiannya perlu, tetapi harus ingat populariti bukan segala-galanya. Dalam industri seni, ada turun dan naik, jadi untuk kekal relevan, harus berdisiplin dan kekalkan mutu kerja kerja, bukan sekadar bergantung pada populariti," katanya.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 2-7-2023 01:11 PM
kalah ler tu nyahhh... lakonan kau pun bukannya best...
mata dok terbeliak 24 jam... lepastu prestasi lakonan pun takde peningkatan...
padahal dapat watak sama je selama ni...

apa yang memoreable sepanjang kau jadi pelakon pun citer pasal ko terkangkang haritu jah...

Quote irsa 2-7-2023 02:45 PM
Tgk ig sheols post semlm ke hari ni, sheols dah tunjuk perut mengandung sheols
Quote one_aiman 2-7-2023 03:34 PM
lakonan dia yg paling berkesan dlm kami histeria jadi peanut ke apetah ejaan nya..sebab dia x bercakap langsung..terpaling A
Quote September14 2-7-2023 03:40 PM
Mmg x popular pun.. riaksi muka blakon sama je muka risau

Hope kaklina pom mnng
Quote Nham22 2-7-2023 03:50 PM
Brape bulan agaknye tu pregnant..
Quote Realpeople17 2-7-2023 04:48 PM
Nape org ckp dia blakon best sgt. Entah la rse cam bleh la. Dia ni pndai brlakon tp nk kata pelakon versatile tu tak. Pelakon versatile mcm khiriah, jasmin hamid, amyza aznan, arwah azean arwah maimkn talib. Sbb sume watak bleh tapau. Kalo watak baik tu baik btol. Kalo watak jahat mmg jahat. Watak kelakar pun mnjadi. So bila bleh tapau sume watak bru la kita panggil pelakon hebat.
Quote babynina30 2-7-2023 04:56 PM
I pon prasan sheols tyg perut n off komen. Bunting plamin brgkali
Quote red_velvet 2-7-2023 05:02 PM
Edited by red_velvet at 2-7-2023 05:06 PM
Realpeople17 replied at 2-7-2023 04:48 PM
Nape org ckp dia blakon best sgt. Entah la rse cam bleh la. Dia ni pndai brlakon tp nk kata pelakon  ...


Setuju... nad pabdai berlakon tapi tak versatile pun .. Acik azean irdawaty & acik maimon mutalib  tu iols paling suka ...arwah kalau berlakon jadi garang dengan i yang tengok kat rumah sekali rasa kecut perut takut kena marah ye .... Sampai jadi friend  acik maimon la kat fb .. ingat lagi masa arwah masih hidup i bgtau dia i peminat dia ..dia reply n cakap "alhamdulilah... terima kasih sebab minat kite .. Kite biasa2 je wak ...." ..gitu.baik ye sheols, layan je semua komen2 peminat kat fb tu ..
Quote pencintaABC 2-7-2023 05:09 PM
Memang x popular pon sesuai la x tercalon. Terkenal dgn kekekwatan jer.
Quote sarah_ary2 2-7-2023 05:54 PM
Realpeople17 replied at 2-7-2023 04:48 PM
Nape org ckp dia blakon best sgt. Entah la rse cam bleh la. Dia ni pndai brlakon tp nk kata pelakon  ...

Yg best bagi aiols sejujurnya dia jadi anak pada tok jalaludin jenis tomboy pastue kumpul duit bagi kat mak ayah dia untuk pergi haji, nangis aiols tgk drama tue
Quote beautifulorchid 3-7-2023 09:24 AM
Tula sape suroh sombong... ko dah tau yang mengundi tu yang tengok drama ko..mintak amik gambar sikit pun  tak nak layan ..padan muke takde orang nak undi da.....PADAN MUKE
Quote adeqbun 3-7-2023 11:22 AM
sejak pakai kerudung ni selebet btol kau ni ye....time die belakon jd bini nazim othman tu kemahen la lawa dan classy..bkn slh tdung...die yg xreti kemas2kan ke cemane ntah

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.098878 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top