CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Dipercayai Ditikam Bekas Suami

2-7-2023 12:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 421| Komen: 1

Kota Bharu: Seorang wanita yang juga peniaga air maut dipercayai ditikam bekas suaminya di Taman Desa, Pasir Tumboh, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an, maut di lokasi kejadian kerana cedera parah.


Bekas suami mangsa turut mengalami cedera parah di bahagian perut dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, untuk rawatan lanjut.


Seorang saksi yang enggan dikenali berusia 30-an, berkata dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi rakannya yang memaklumkan insiden berkenaan.

Katanya, dia bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ambulans dan kereta polis sudah berada di hadapan rumah berkenaan.

"Saya terkejut dengan kejadian itu kerana mendapati seorang wanita maut dipercayai ditikam bekas suaminya, manakala seorang lelaki cedera parah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.


Difahamkan mangsa yang berpisah dengan suaminya menyewa di rumah itu sejak beberapa bulan yang lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-7-2023 12:52 PM
Jantan kalau dah jeles memang bunoh terus.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.096678 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top