CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keracunan Selepas Makan Hidangan Daging Korban

2-7-2023 12:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 691| Komen: 2

Jakarta: Puluhan penduduk di Jalan Kalilom Lor Indah, Kampung Tanah Kali Kedinding, Mukim Kenjeran, Surabaya, menjadi mangsa keracunan makanan pada Sabtu, didakwa selepas mereka makan hidangan daging korban, kira-kira 7 malam.


Kompas melaporkan Ketua Perkhidmatan Kesihatan Kota Surabaya, Nanik Sukristina berkata, mangsa membabitkan sekurang-kurangnya 71 penduduk.

Mangsa menerima rawatan di hospital. FOTO Agensi

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Pusat Kesihatan Tanah Kali Kewall yang mana 22 pesakit dengan simptom ringan dibenarkan discaj, sementara 23 pesakit lagi dirawat di wad.

"Terdapat 14 pesakit dimasukkan ke hospital di Pusat Kesihatan Tanah Kali Kedinding Surabaya dan pesakit dilaporkan stabil.

"Selain itu, 12 pesakit lain dirujuk ke hospital terdekat berhampiran Pusat Kesihatan Tanah Kali Kedinding Surabaya," kata Nanik.


Beliau berkata, antaranya, tiga pesakit dirawat di Hospital Unair, empat pesakit dirawat di Hospital Dr Soewandhie, dan seorang pesakit dirawat di Hospital Mitra Keluarga Kenjeran.

Selain itu katanya, tiga pesakit dirawat di Pusat Kesihatan Bulak Banteng, dan seorang lagi pesakit dirawat di Pusat Kesihatan Sidotopo Wetan.

Beliau berkata, Pusat Kesihatan Tanah Kali Kedinding melakukan pemantauan intensif terhadap pesakit yang masih dalam rawatan.

"Pemantauan juga dilaksanakan untuk sebarang kemungkinan tambahan pesakit lain yang menjadi mangsa keracunan makanan itu," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 2-7-2023 11:55 PM
Di mana silapnya sehingga daging korban tercemar?
Quote CatMiow 3-7-2023 12:45 AM
Dimana silapnya?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.038965 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top