Rembau: Anggota polis ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Rembau, di sini, petang semalam. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, anggota berpangkat sarjan berusia 58 tahun berkenan dipercayai masuk ke salah sebuah bilik dan mengunci pintu.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, anggota yang bertugas di BSJD Rembau itu ditemukan berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan. "Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau menerima maklumat berkaitan seorang anggota polis yang ditemui maut berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala di 6.30 petang semalam. "Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ahmad Dzaffir berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan dan menghormati keluarga si mati," katanya. Sumber: Harian Metro
|
"Polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan...
otai_g replied at 2-7-2023 02:50 PM
Mendiang ke allahyarham?
Bg la klue skit pemberita ni pun
mojarean_X: Polis meminta orang ramai tida ...
edoraixora replied at 2-7-2023 03:36 PM
Allahyarham katanya...pangkat sarjan
ultra78 replied at 2-7-2023 04:10 PM
Peringatan kepada wartawan harian metro supaya tak soal benda mengarut kepada keluarga si mati.
ADVERTISEMENT