Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.
Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar mengarahkan pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu. "Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera," tulisnya. Zaki terdahulu menulis satu ciapan biadab terhadap kesihatan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semalam, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan sedang dirawat di hospital. Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di Facebooknya. "Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
Decaffeinated replied at 2-7-2023 12:27 PM
Cerita tak habis mengharap acik2 forum tolong sambung ka?
Siapa Zaki Yamani, lawyer, majistret?
unguaurora replied at 2-7-2023 02:24 PM
Iols syak zaki yamani dan pmx org yg sama.. saja nak create drama
ipanimanz1 replied at 2-7-2023 02:25 PM
Aik, negara tgh hangat dgn motac vs imi..awat xkluaq spatah pun twidder..alih2 zaki yamani gak yg ke ...
Innrukia replied at 2-7-2023 02:31 PM
PM Malaysia cuma bertanggungjwb komen isu picisan.
Bab motac vs IMI or isu kedaulatan negara bukan ...
zorrro_03 replied at 2-7-2023 01:24 PM
dasar munafik. masa kempen hari tu kau lah kepala fitnah sebut pasal jubah serban bagai... setan ...
ADVERTISEMENT