CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizz Fairuz Jawab Tuduhan Beli Anugerah Usahawan, Usaha 5 Perniagaan Malah Produk Sudah Sampai Turkiye

2-7-2023 10:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2160| Komen: 16

Pelakon Datuk Fizz Fairuz tidak melatah apabila dituduh membeli trofi kemenangan Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023 yang berlangsung pada Isnin lalu.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, tuduhan tersebut dilemparkan mungkin disebabkan perniagaan yang diusahakan tidak mendapat perhatian ramai memandangkan dia tidak dikenali sebagai usahawan.


Bagaimanapun jelas Fizz, dia ada menjalani beberapa jenis perniagaan malah ada produk keluarannya berjaya sehingga ke luar negara.


"Saya tahu ramai yang bertanya terutama di dalam TikTok yang saya ini berniaga apa sehingga diberikan anugerah. Saya sedar saya tidak terkenal macam Meerqeen atau Anna Jobling yang orang ikuti setiap perkembangan.

"Tapi anugerah yang saya terima ini diberikan oleh orang. Saya memang berniaga dan saya ada lima produk yang saya jual macam songkok, sambal dan produk kecantikan.


"Sambal saya pun dah sampai ke Turkiye kalau nak tahu," katanya.

Fizz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lalu.

Berkongsi lebih lanjut, Fizz turut mengakui dia ada membaca beberapa komen daripada netizen namun tidak terasa hati dengan tuduhan tersebut.

Malah selepas ini dia juga akan berkongsi mengenai perniagaannya dengan lebih kerap agar tuduhan seperti ini tidak berulang lagi.


"Saya tak bercerita semua perkara dengan orang tapi saya tak berkecil hati dengan komen netizen. Selama saya dalam industri saya tak pernah sentap.

"Memang saya ada baca komen dari netizen kadang saya balas juga, tapi bukan selalu.

"Mungkin saya pun tak kongsi sangat mengenai perniagaan saya, jadi ramai yang tak tahu. Lepas ini saya akan kongsi lebih banyak supaya ramai yang tahu," kongsinya.

Sebelum ini, nama Fizz dan isterinya Datin Almy Nadia menjadi buah mulut ramai apabila menjadi salah seorang penerima anugerah Malaysia Best Business Award 2023.

Acara itu anjuran Media Home Communication yang menghimpunkan lebih 50 usahawan berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 2-7-2023 10:50 AM
mak aiiii betul ke tuuu
dasyat tokpiz...so bertai tai la eh bini dia
Quote slyfynx 2-7-2023 10:51 AM
Waaa, kite percaya sgt.

Tp kalau ko jual minyak masak, or marjerin, sure laku.
Quote Burong_Hantuk 2-7-2023 11:00 AM
Quote CurangLagi 2-7-2023 11:20 AM
Sambal apa d turkii tuuu
Quote heythere123 2-7-2023 12:53 PM
takyah nak auta la, memang infamous kan award macam tu dibeli
Quote heythere123 2-7-2023 12:53 PM
ko bayar table ko dapat la the so called award tu
Quote Mekgadis16 2-7-2023 12:56 PM
Bukan nak buruk sangka tapi kenapa x nak reveal 5 brand yang dah diusahakan tu. Sesuatu sangat
Quote CikDaNdeLi0n 2-7-2023 01:05 PM
Sambal heols lagik femes drp sambal nyet khairolamin ker
Quote dudaberhias 2-7-2023 01:08 PM
sah2 la beli anugerah...

produk apa yang deorang keluarkan pun?

dari penat2 beli anugerah bagai baik dia hantar isteri dia tu pergi hospital untuk buat kimo bagi kurus sikit...

repeat je la sampai botak... kalau potong perut takut ada komplikasi...

Quote noell 2-7-2023 02:00 PM
kalo kaya awat poremer dok habaq bini dia gigih dok amek upah review food ? kesangsian disitu
Quote rosevelvet 2-7-2023 02:23 PM
noell replied at 2-7-2023 02:00 PM
kalo kaya awat poremer dok habaq bini dia gigih dok amek upah review food ? kesangsian disitu

Mmg sangsi ler. Dah ler x reveal product apa.
Quote MisXoXo 2-7-2023 03:12 PM
Sambal kwn beli kot nk g melancong..idoknya ada dijual kt pasaraya2 sana
Quote glump 2-7-2023 04:46 PM
Media Home Communication yang menghimpunkan lebih 50 usahawan berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing.

dlm 50 usahawan tu, dia yg paling berjaya ..dapatlah anugerah. usahawan yg kau org kenal mcm sambal nyet tu tiada dlm 50 org tu..faham ke?
Quote missyL 2-7-2023 06:28 PM
Hahahahha
Membazir weh klo beli
Quote AnnaSendin 3-7-2023 12:06 PM
Acik ipah raziah pon dapat anugerah, siap masuk buku lagi. Sangsi iols anugerah gini.
Quote miracle_forever 4-7-2023 10:38 AM
CurangLagi replied at 2-7-2023 11:20 AM
Sambal apa d turkii tuuu

mesti lagi hebat dari sambal nyet khairul aming kan sbb berjaya menembusi market turkiye *sarcastic*

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054292 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top