CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Kalau Tak Nak Bayar, Blah Je La!” - ‘Kak Long Kawasan’ Sergah Minta RM5, Rupanya Dah 10 Tahun Jadi ‘Ulat Parkir’

2-7-2023 10:11 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1001| Komen: 5

Melalui satu video tular di TikTok, kejadian yang dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu menyaksikan pemandu dan penumpang sebuah kenderaan bertikam lidah dengan 'ulat parkir'.

"Orang yang bukan bawah (bekerja) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba-tiba datang minta bayar parking RM5.


"Sedangkan kami parking di situ tak sampai 10 minit nak beli (makanan) Damascus (restoran Arab) dekat Bukit Bintang. Tolong pihak DBKL siasat benda ni. Perkara macam ni tak sepatutnya berlaku.

"Minta sekali pihak polis tolong pantau lokasi berhampiran Damascus sebab ada pihak yang tak bertanggungjawab makan duit parking sedangkan itu lot parkir awam," kata individu yang berkongsi video berkenaan.

Dalam video tersebut, wanita pengutip wang parkir itu mendakwa dia sudah aktif menjalakan aktiviti berkenaan sejak 10 tahun lalu.

"Akak kerja je la dik. Bukan tak cakap (diberitahu) parking sini kena bayar, tadi dia (rakan sindiket) dah cakap. Kalau tak nak bayar, patutnya blah je la, jangan parking sini. Bayar je la. Harga murah je.


"Orang Melayu dekat sini tak pernah ada masalah nak bayar, tak sangka juga ada yang Melayu bermasalah macam ni," kata wanita itu.

Enggan memanjangkan pertelingkahan, pemandu kenderaan terbabit akhirnya dilihat menyerahkan wang tunai RM5 seperti yang diminta walaupun rakannya membantah.


"Kalau parking dekat pusat beli-belah pun tak sampai RM5. Sekarang pun tak sampai 10 minit.

"Mungkin orang yang parking sebelum ni semua senyap sebab mereka tak berani bersuara," katanya.

Melewati ruangan komen, pemilik video itu mendakwa dia cuba menghubungi pihak berkuasa sebanyak dua kali ketika insiden meletus tetapi tidak dijawab.

"Saya kalau boleh memang tak nak bayar, dah telefon pihak DBKL dan polis dua kali tapi tak jawab.

"Kalau berlakon jadi pihak berkuasa untuk takutkan akak tu, risau nanti dia minta kad penguatkuasa pula, lagi parah situasi.

"Geram betul saya, padahal saya duduk je dalam kereta sepanjang parking dekat situ, teman lelaki yang pergi beli makanan. Pelik kena bayar juga," jelasnya.

Warga maya lain mengatakan mereka pernah berada dalam situasi sama dan mengalah untuk membayar kerana risau kemungkinan kereta yang ditinggalkan akan diapa-apakan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ledigugu 2-7-2023 11:42 AM
Kena pantau subang jaya jugak. Yg jaga valet parking tu. Tak park dlm kawasan yg dia jaga pun, siap ada org tunggu dlm kereta pun dia suruh bayo. Dah laa mall valet parking pun tua kerepot dah. Iols park tepi jalan sbb nak masuk beli satu barang je dia boleh 'hello. Kalau nak park sini bayar!" Tunggu kau situuuuu
Quote zarulnazmi 2-7-2023 01:41 PM
Kalau rasa terpaksa dan terancam masa dipaksa bagi duit tu, niatkan dan do'a dalam hati supaya ulat parking tu kembung perut sampai berak darah.
Quote nakkomenjugak 2-7-2023 05:52 PM
Pegang pisau ke parang sepanjang kau parking situ
Quote KamikuP 3-7-2023 10:33 AM
Akak tu makan duit haram celakalah hidop akak tu dan ulat parking selruh malaysia mati berak darah
Quote dekmieDandy 5-7-2023 09:26 AM
paling menyampah masuk KL time weekend pasal ni lar

kalau nampak yang lambai-lambai tu baik blah je, carilar parking jauh sikit or parking berbayar yang legit

parking dbkl rasanya free je time weekend

dah ler ramai foreigner buat keje ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040047 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top