CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayar Jurusolek RM7,758 Tapi Hasilnya ‘Ke Laut’, Pengantin Luah Rasa Sedih Di Media Sosial

2-7-2023 10:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1748| Komen: 12

Indonesia: Seorang wanita 'melaburkan' wang berjumlah 25 juta rupiah (RM7758) untuk mengupah jurusolek bagi menata rias wajahnya namun berakhir dengan rasa kecewa gara-gara hasil solekan yang sama sekali tidak menepati jangkaan.


Pengantin wanita tersebut turut memuat naik video hasil solekan wajahnya di akaun TikTok milikny, @ghaziyah_n.


"Jangan ajar saya untuk bersabar. Saya pernah membayar Rp 25 juta untuk solekan perkahwinan dan inilah hasilnya," katanya dengan riak wajah yang sedih.

Wanita itu berkata dia meminta gaya solekan yang ringkas dan 'soft'.

"Tapi kenapa jadi macam ni?" katanya lagi.

Ujarnya, dia terpaksa menyembunyikan rasa sedih dan berpura-pura kekal tenang serta gembira di hadapan 1,500 tetamu jemputan majlisnya.

"Jurusolek saya berusia lebih 50 tahun dan tidak diragui pengalamannya. Dia memulakan kerjayanya pada usia 18 tahun.


"Malah saya dicadangkan menggunakan khidmatnya kerana dia banyak menyolek klien untuk majlis hebat. Daripada mahu nampak simple, sekarang jadi begini," sambungnya.

Video yang dimuat naik olehnya menjadi viral dan meraih lebih 6.1 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib pengantin wanita itu. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 2-7-2023 10:42 AM
Solekan mua indon bukan ke mmg gitula hasilnya.
Lebih kurang opera cina laa gayanya
Dah kamu pun milih persalinan jawa cer kalau pilih nak kawen stail org melayu ke, omputeh ke dapatlaa solekan yg soft tu kot
Quote albedah 2-7-2023 11:30 AM
Kalau kau cakap dgn MUA Malaysia, nnt dia sindir kauuuuuuu kat medsos...

"Muka macam Jawa Tempe ada hati suruh mekap soft2 macam Koreah mata kecik bagai.... Bukan aku yg mekap tak cantik tp muka kau yg memang asli tak cantek ..."
Quote cmf_premierleag 2-7-2023 11:37 AM
Kalo dah rupa mmg semulajadi buruk berkerak nusantara je.... takkannya ko akan bertukar jd cantik mcm retis2  indon mix belanda jerman sume tu la
Quote che-cikL 2-7-2023 11:37 AM
Selalu tgk MUA Indon buat muka pengantin sampai tak nampak muka sebenar.
Quote hasniey 2-7-2023 11:52 AM
Suchi replied at 2-7-2023 10:42 AM
Solekan mua indon bukan ke mmg gitula hasilnya.
Lebih kurang opera cina laa gayanya
Dah kamu pun mil ...

Mmg la mua indon selalu makeup mcmni.tp dia nak yg lain sbbtu bayar mahal.
25juta tu dh mcm taraf2 artis tau.patutnya muka comel mcm rossa.nk mcm makeup sendiri pulak.patutnya saman je
Quote matjerk 2-7-2023 11:56 AM
Suchi: Solekan mua indon bukan ke mmg ...


Kan? Teringat LCB masa kawen engku emran duku.. gitu gak
Quote jfq 2-7-2023 06:11 PM
Mekap indon kan mmg camtu
Quote Antifake 2-7-2023 07:51 PM
Ko bagi aku duit tu, aku makeup lagi helok dik
Quote green~tea 2-7-2023 08:00 PM
Base muka pun dah hodoh.. lorek muka celah mana pun hasil sebegitu jua
Quote liyamariska 3-7-2023 12:53 AM
tak berbaloi bayar mahal2 hujung2 teda beza rupa selepas disolek...

better solek sendiri jimat kos kt situ...

Quote Tinot7 3-7-2023 02:08 AM
Sbb dia mintak ringkas dan soft kott.. mua mebbe tau gaya mekap wow jahh..
Quote B40tastePosh 3-7-2023 10:18 AM
Pengantin Jawa memang make up camni....mungkin dia tak cukup jawa.

Kalau rasa diri tu tak cukup Jawa, kahwin je guna tema Belanda atau Ingeris

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.043840 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top