CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Duet Dengan Penyanyi Indonesia, Pertaruh 'Gagal Bersembunyi'

2-7-2023 09:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 377| Komen: 1

Mendapat perhatian selepas tampil dengan lagu Teman dan Nang, penyanyi Iman Troye kini membuat percubaan baharu dengan single duet berjudul Gagal Bersembunyi kolaborasi dengan penyanyi Indonesia iaitu Mahen.


Pemilik nama sebenar, Siti Nur Iman Alyssa Sahabuddin berkata, lirik lagu single terbaharunya ini membawa maksud perasaan yang disimpan dan pendam semata-mata untuk kebaikan individu lain.


"Gagal bersembunyi bermaksud perasaan yang kita simpan dan pendam, demi untuk kebaikan seseorang," kata penyanyi berusia 23 tahun itu.

Gagal Bersembunyi merupakan hasil ciptaan Pika Iskandar iaitu komposer dan penulis lirik dari Indonesia.

Dalam pada itu, video muzik lagu berkenaan turut dirakam di Kawah Putih, Bandung, Indonesia dengan mengambil masa kurang daripada satu jam sahaja untuk disiapkan.

Diterbitkan oleh Kresna Wardhana dan Adib Hamdi sebagai Penerbit Eksekutif, video muzik arahan Velentino Garry ini memaparkan seni visual yang unik penuh dengan emosi dan tenaga setanding artis antarabangsa.


Berkongsi soal rakan duet Iman, Mahen atau nama sebenarnya Petrus Mahendra, 27, popular menerusi lagu Pura-Pula Lupa pada 2020.


Penyanyi ini mula dikenali kerana banyak menghasilkan lagu saduran daripada artis terkenal seperti Glen Fredly dan Ed Sheeran.

Mahen juga merupakan graduan Sarjana Ilmu Komunikasi di Universiti Bunda Muda, Jakarta, Indonesia.

Sehingga kini, muzik video Gagal Bersembunyi telah pun berjaya menerima lebih 150,000 tontonan di YouTube dan meraih lebih 100,000 pendengar di Spotify.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 2-7-2023 01:38 PM
dua2 suara tak sedap...
yang penyanyi indonesia tu suara heols very the rogayah bottom itu yang tak merdu...

dengar macam ponen2 zoners nak buat suara macam siti yang menyanyi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.029035 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top