CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Iran Akan Dibenarkan Tonton Perlawanan Di Stadium

1-7-2023 11:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 162| Komen: 1

Tehran: Wanita di Iran akan dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium pada masa hadapan, kata ketua persatuan bola sepak negara itu pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Sehingga kini, wanita di Iran hanya dibenarkan berada di tempat duduk atas beberapa pengecualian, yang terbaharu pada perlawanan persahabatan menentang Rusia.

PENYOKONG wanita Iran pada perlawanan persahabatan antara Iran dan Rusia di Tehran, Mac lalu. FOTO AFP

"Majlis keselamatan negara telah meluluskan perkara ini dan menubuhkan kumpulan kerja untuk memutuskan pelaksanaannya," kata ketua Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj di luar acara.

Di bawah tekanan badan induk dunia FIFA, larangan itu dilonggarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Majlis Keselamatan Iran bertanggungjawab menangani isu-isu pertahanan dan perlindungan Revolusi Islam. Keputusan itu dimuktamadkan selepas mendapat kelulusan ketua agama.



SUmber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 2-7-2023 11:33 AM
Pemain lelaki cuma perlu pakai seluar panjang ja kan? Shirtless xpe.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.182958 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top