CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Notis Penolakan Pelancong China Ikut Prosedur

1-7-2023 11:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2543| Komen: 52

Kuala Lumpur: Penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu dijalankan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.

Memetik laporan Astro Awani, Penolong Penguasa Imigresen Syahmi Syafie Md Nazmil memaklumkan dakwaan budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang adalah tidak berasas.


Gambar hiasan

Menurutnya, semasa soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta gagal menyatakan dengan jelas penginapan semasa berada di Malaysia.

"Soal siasat serta komunikasi dengan subjek juga agak terbatas kerana subjek hanya boleh berbahasa Cina dan sukar memahami soalan yang diajukan," kata laporan itu.


Dalam pada itu, seorang wanita yang berkomunikasi dengan pegawai penguat kuasa melalui telefon bimbit subjek serta memperkenalkan diri sebagai Emma memberitahu wanita itu datang dengan tujuan menjaga anaknya.


Sementara itu, laporan memaklumkan kemasukan pelawat yang dikemas kini daftar penolakan masuk ke dalam sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) hanya boleh dibatalkan dengan kelulusan pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Ketua Pengarah Imigresen sahaja.

Dalam pada itu, Syahmi juga mendakwa pegawai bertugas juga tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan atau membela diri meskipun dituduh meminta wang berjumlah RM3,000 melalui ejen untuk dilepaskan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan JIM, semalam.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan memulakan siasatan ke atas laporan berita itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 2-7-2023 12:06 AM
Langgar SOP, menyalahguna kuasa, buat tuduhan rasuah, maki pegawai, etika kerja koboi...
Quote printercomel 2-7-2023 12:22 AM
Kt australia atau korea depa selalu jgk tolak dn suruh balik pelancong malaysia. Xpernah lak dgr menteri korea atau australia turun terminal backup org malaysia. Only in malaysia kehkehkeh
Quote Zack8hunter 2-7-2023 12:28 AM
Bgs la imigresen lawan balik..
Quote TOPwind 2-7-2023 12:43 AM
melayu sokong imigresen

tapi Gelap dan sepet 100% tak sok0ng
Quote OshinDaSolja 2-7-2023 12:58 AM
terbaikk Imigresen...jgn bg muka sngt kt puak2 ni.... dh berapa juta yg msuk dan lesap dkt dlam negara ni... parah2... taikun2 ni la punya keja...lepas tu acah suci murni ethical according to code of conduct la apa bagai... kerajaan kena conduct balik background checking dkt IC dan create macro or AI yg boleh synchronize antara no IC dan no sijil lahir.... confirm rmai fake IC holder yg akan terciduk
Quote brego 2-7-2023 01:12 AM
kerajaan bang non memang master in manipulation and gaslighting

yang beriyer2 tuduh orang lain rasuah nih,
selalu nya dia dan geng2 dia yang hardcore praktis rasuah

belakang kerajaan bang non banyak kartel2

Quote MissVixen 2-7-2023 01:33 AM
Baguslah imigresen ni melawan. Lawan ada bukti. Australia, jepun, negara maju lain relax je tak bagi orang meragukan masuk, ini menteri caprut kita sibuk nak bagi parasit masuk. Batas pertahanan pertama kita tu imigresen, itu yang menteri ni nak fitnah.
Quote Tinot7 2-7-2023 01:43 AM
Hah! Amekkau.. mai nak jaga 'anak'

Dalam pada itu, seorang wanita yang berkomunikasi dengan pegawai penguat kuasa melalui telefon bimbit subjek serta memperkenalkan diri sebagai Emma memberitahu wanita itu datang dengan tujuan menjaga anaknya.
Quote cikmouse 2-7-2023 06:57 AM
Tuuu diaaaaaa....nk jagaa anak menteri tuuu kot gamaknya...
Quote Perwira2022 2-7-2023 07:01 AM
Teruk kualiti menteri2 PH... Yg Tiong Cina Bukit ni gayanya pun macam Founder sindiket bapak ayam.. Cakap Melayu pun tak betul ada hati jadi menteri harrkhhh tuihhhh!
Quote AverageJoe 2-7-2023 07:02 AM
aiyo.. sesuatu sangat lah mangkuk hayun Menteri Pelancongan yg sekarang ni.
cakap Melayu pun tergagap pekat dia punya pelat.
come on PMX, macam ni ke calon yg layak diangkat jadi menteri?
dari awal pelantikan dulu nampak sangat bias dengan warga PRC
dia ni menteri pelancongan Malaysia cawangan PRC ke apa?
Quote krustykrab 2-7-2023 07:03 AM
Ok, so madanon dh blh ambik tindakan terhadap menteri acah² gurubesor ni.
Quote krustykrab 2-7-2023 07:04 AM
Smlm menteri ni kata pelancong ni wartawan kan
Quote rospinki 2-7-2023 07:12 AM
Bagus imigresen
Quote cikmouse 2-7-2023 07:12 AM
krustykrab replied at 2-7-2023 07:04 AM
Smlm menteri ni kata pelancong ni wartawan kan

Mabuk ketum....
Quote kitaserupaaa 2-7-2023 07:14 AM
Kalau betul datang utk jadi nanny, perlu ikut saluran yg betul dapatkan permit utk kerja as pembantu rumah mcm rakyat msia lain buat. Bayar ribu2 just utk bawak masuk pembantu rumah. Kalau nak keje as professional, apply permit expat.
Quote otai_g 2-7-2023 07:16 AM
Celaka punya menteri. Kerajaan madanon bodoh.
Quote shahreen 2-7-2023 07:18 AM
krustykrab replied at 2-7-2023 07:04 AM
Smlm menteri ni kata pelancong ni wartawan kan

Bukan PA pd pegawai PRC yg tgh amik phd ke
Quote JunkMail 2-7-2023 07:26 AM
Spesel betul caina doll ni sampai Abam king sing sanggup mencemar duli pergi settle sendiri kat airport... Telo dah kena pegang lertewwwww

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.160930 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top