CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tuntut Hak Penjagaan Selepas Anak Sembuh Kanser

1-7-2023 11:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 385| Komen: 2

Beijing: Seorang lelaki di China yang meninggalkan anaknya selepas kanak-kanak itu disahkan menghidap kanser mahu menuntut semula hak penjagaan selepas dia sembuh, lapor portal berita South China Morning Post.


Keputusan mahkamah yang menolak permohonan lelaki itu mendapat pujian orang ramai di media sosial China.

Lelaki bernama Xu itu turut menceraikan isterinya selepas anak lelaki mereka yang berusia empat tahun disahkan menghidap kanser.

Gambar hiasan

Ibu kanak-kanak itu kemudian memikul tanggungjawab membesarkan anak sendirian dan bergelut mengatur rawatan perubatannya.

Apabila anak lelaki mereka pulih beberapa tahun kemudian, Xu muncul semula dalam hidup dua beranak itu dan mahu mengambil hak penjagaan penuh budak itu.

Xu berkata, bekas isterinya yang telah berkahwin lain dan mempunyai anak baharu, tidak dapat menyediakan penjagaan mencukupi untuk anak lelaki mereka kerana sumber kewangannya terhad.


Walaupun budak itu mahu tinggal bersama ibunya, Xu nekad memfailkan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan tunggal.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa perwatakan moral dan emosi ibu bapa serta kehendak anak itu sendiri perlu dipertimbangkan untuk membuat keputusan terbaik sekali gus menolak petisyen Xu. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 2-7-2023 12:04 AM
Kau tinggalkan anak kau masa dia sakit. Tak tunaikan tanggungjawab sebagai bapa. Tak ada apa-apa bantuan untuk rawatan anak tu. Bila budak tu dah sembuh baru kau nak tuntut hak penjagaan?
Quote hokeypokey 2-7-2023 07:51 AM
anak ko pun tanak duk ngan bapak yg takde time dia sakit

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.035849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top