CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Sesat 14,000 Kilometer Pulang Ke Pangkuan Pemilik

1-7-2023 11:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 532| Komen: 7

Glasgow, Scotland – Seekor kucing yang didaftarkan menghuni sebuah rumah di Australia disatukan semula dengan pemiliknya selepas ia ditemui 14,484 kilometer jauhnya di Scotland, lapor portal berita MailOnline. 


Kucing bernama Melvin itu ditangkap oleh Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan Scotland (SSPCA) pada 23 Mei lalu setelah menerima aduan orang ramai.

Jacqueline gembira apabila disatukan semula dengan Melvin. - SSPCA

Penduduk yang mempercayai bahawa Melvin telah sesat memaklumkan bahawa kucing itu  sering mengunjungi rumah mereka sejak Krismas lalu. Mereka memberinya makan dua kali sehari.

Bagaimanapun, mereka semakin bimbang selepas menyedari ia tidak sihat dan berhenti bergaul dengan kucing-kucing lain.

Melvin ditemui di jalanan  oleh ketua Pemeriksa SSPCA, Laura Mclntyre yang membawanya untuk diperiksa doktor haiwan sebelum dipindahkan ke Pusat Menyelamat Haiwan Glasgow milik badan amal itu.


Penjaga haiwan yang mengimbas Melvin untuk melihat sama ada terdapat cip mikro padanya terkejut apabila mendapati dia didaftarkan ke sebuah alamat di Australia.

“Salah satu perkara pertama yang kami lakukan terhadap haiwan apabila ia berada dalam jagaan kami ialah mengimbasnya untuk mengesan mikrocip,” kata Laura.

Dengan bantuan badan amal Cats Protection, misteri di sebalik perjalanan Melvin akhirnya terungkai dan Laura bersama pasukan itu berjaya menyatukannya semula dengan pemiliknya, Jacqueline dan Matt Dick sembilan bulan kemudian.

Pasangan itu sebelum ini ternyata menetap di Australia dan memelihara Melvin ketika ia masih kecil. Selepas 14 tahun, mereka berpindah ke Scotland.

Namun pada Ogos 2022, selepas lapan minggu berpindah ke rumah baharu, Melvin dilaporkan hilang. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 2-7-2023 12:17 AM
Berita terjemahan bahasa melayu tidak berapa tepat...


The mystery of a lost cat who was found wandering 9,000 miles from its home in Australia has finally been solved.

Melvin the cat was found in Renfrewshire, Scotland.

Laura McIntyre, Scottish SPCA chief inspector, said that one of the first things the charity does, when taking in a lost pet, is to check for a microchip.

The animal was found 9,000 miles from the address he was registered to in Australia.

"As you can imagine, the team were slightly confused when Melvin's details came back registered to an address in Australia," McIntyre said.

After some investigating, it turned out that Melvin belonged to a Scottish couple, Jacqueline and Matt Dick, who had lived in Australia for 14 years.

Quote hokeypokey 2-7-2023 07:59 AM
ingatkan btul sesat 14ribu km, rupanya mmg dia & tuan dia dh pindah scotland
Quote Tinot7 2-7-2023 09:01 AM
Alahai gumbiranya muka acik tu jumpa Melvin balik..
Quote zehra2 2-7-2023 09:30 AM
melvin ok ke tu.. mcm tk happy je
Quote bakingsoda 2-7-2023 09:37 AM
ceh nipu je sesat 14k km. semalam tak silap dlm group fb ada org jumpa kucing yg tuannya dah hilang 3 tahun masa pkp, kebetulan tuan dia penah post jugak dlm group tu cari kucing hilang. kucing tu dijumpai dlm 1.7 km dr rumah dia, jumpa kat mcd. nasib baik owner dgn org yg jumpa sama2 terpikir nak post dlm group.
Quote matamata 2-7-2023 09:56 AM
Kalau yg buat posting ni Reporter Cari mmg suelalu bodo pun, baik tajuk, isu, sumber semua bodo
Quote slyfynx 2-7-2023 10:09 AM
Bongok.
Kucing tu x sesat.
Tuan die yang pindah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.175294 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top