CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pangkat Semua Sama, Tidur Di Tepi Jalan Tunai Haji – Alif Satar

1-7-2023 11:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9357| Komen: 210

Penyanyi Alif Satar menyifatkan ibadah haji mampu membuang rasa sombong dan takbur dalam diri seseorang.

Menurut Alif, 33, salah satu rukun haji yang dirasakan meninggalkan impak bermalam di Mina kerana ibadah tersebut mengenepikan segala pangkat dan darjat seseorang.



“Mengikut manasik haji Nabi Muhammad SAW, kami semua jamak takhir maghrib dan isya dengan bermabit (bermalam) sehingga solat subuh di Muzdalifah.

“Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, engkau berpangkat Tan Sri, artis yang orang sanjung hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur di tepi jalan,” katanya dalam Instagram.

Tambah pelantun lagu Cukup Indah itu, bermalam di Mabit mencetuskan kesedaran mengenai kehidupan golongan gelandangan.

“Rupa-rupanya macam inilah rasa gelandangan,” katanya.

Menurut Alif lagi, situasi di sana tidak tumpah seperti ‘gelandangan’ menandakan rasa ‘kerdil’ sebagai hamba Allah SWT.


“Tiada tempat mandi, tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak persediaan untuk melontar).

“Wallahi, walaupun masa ini dah dua malam tak mandi, tak pergi tandas, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas.

“Dengan berlapikkan ‘sleeping bag’ beratapkan langit bintang,” luahnya lagi.

Alif merupakan antara selebriti tempatan yang menunaikan haji selain Datuk Aaron Aziz dan Faizal Tahir.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote botok 2-7-2023 12:37 AM
Wah... Dengan Ustaz syafiq riza basalamah ker tu?
Quote imransulaiman 2-7-2023 01:05 AM
Kenapa Ebit Liew punya pakej macam teratur je ye?
Pakej Alif Satar ni under TH juga ke?
Quote dudaberhias 2-7-2023 01:27 AM
walaupun pangkat semua sama tapi tak semuanya pergi untuk benar2 khusyuk lakukan ibadah walaupun kena tido tepi jalan etc...

ada yang pergi sekadar saja2 nak buat konten... siap nangis2 dan di rakam...

kaka bagi contoh yach...



Quote LadyCarefree 2-7-2023 01:42 AM
Tak semua sama. Sultan2 dan famili xcampur orang. My uncle xtidur mcm alep terpaling satar ni. Dia tidur kat sofabed dlm khemah ada aircond. Air eskrem free flow.
Quote ezacbee 2-7-2023 03:24 AM
Tak pegi toilet? X membuang ke? Aku xberapa paham..
Quote hzln 2-7-2023 07:15 AM
Sama darjat sesama pakej murah la
Pakej vvvvvvvip sama darjat sesama vvvvvvvvip lak
Zaman agama jadi bahan jual beli...gini lar
Quote mawardia 2-7-2023 07:21 AM
Kayyyyyyyyyy
Quote Thunderclouds 2-7-2023 08:00 AM
Really?
MakPak aku tadak cita gini (tdo tepi² jln open space) pon.
Kt mina tdo lam khemah.
Pegi ngn TH jgk.
Quote Lula2 2-7-2023 08:13 AM
Thunderclouds replied at 2-7-2023 08:00 AM
Really?
MakPak aku tadak cita gini (tdo tepi² jln open space) pon.
Kt mina tdo lam khemah.

Mina memang ada khemah.
Rasanya ni di muzdalifah, muzdalifah takde khemah rasa aku sbb tak lama pun bermalam
Quote makcik_d 2-7-2023 08:14 AM
Thunderclouds replied at 2-7-2023 12:00 AM
Really?
MakPak aku tadak cita gini (tdo tepi² jln open space) pon.
Kt mina tdo lam khemah.

Ni kat muzhalifah. Semua kena pergi sini. Kebanyakan yg pakai package duduk dlm bas jerk. Cuma turun utk kutip batu jerk. Tak lalu & tak kutip batu sini haji tak sah. Lepas tu baru pegi mina gi melontar
Quote Lula2 2-7-2023 08:14 AM
LadyCarefree replied at 2-7-2023 01:42 AM
Tak semua sama. Sultan2 dan famili xcampur orang. My uncle xtidur mcm alep terpaling satar ni. Dia t ...

Uncle u tidur sofa bed ni kat mana?
Quote makcik_d 2-7-2023 08:16 AM
ezacbee replied at 1-7-2023 07:24 PM
Tak pegi toilet? X membuang ke? Aku xberapa paham..

Ada toilet

Quote makcik_d 2-7-2023 08:20 AM
LadyCarefree replied at 1-7-2023 05:42 PM
Tak semua sama. Sultan2 dan famili xcampur orang. My uncle xtidur mcm alep terpaling satar ni. Dia t ...


Biar betik kat muzhalifah siap ada khemah & sofa bed. Penipu la. Hahahaaa. Muzhalifah tu tempat kutip batu jerk. Ramai pakey package lalu situ kutip batu jerk, lepas tu terus ke mina. Tak tidur pun tak apa. Asal lalu. Org cakap mabit. Kalo mina ada sofa bed and khemah tu iol percaya la
Quote Thunderclouds 2-7-2023 08:34 AM
Lula2 replied at 2-7-2023 08:13 AM
Mina memang ada khemah.
Rasanya ni di muzdalifah, muzdalifah takde khemah rasa aku sbb tak lama pu ...

Oooo..tq chuols tolong clarify.
Quote Thunderclouds 2-7-2023 08:35 AM
makcik_d replied at 2-7-2023 08:14 AM
Ni kat muzhalifah. Semua kena pergi sini. Kebanyakan yg pakai package duduk dlm bas jerk. Cuma tur ...

Baik. Paham dh. Tq sayam
Quote Lula2 2-7-2023 08:38 AM
ezacbee replied at 2-7-2023 03:24 AM
Tak pegi toilet? X membuang ke? Aku xberapa paham..

Toilet ada, tp i ada baca ramai doa supaya ditangguhkan urusan toilet semasa mabit sebab ye lah toilet pun ramai2 guna agaknya mcm mana lah kan rupanya.
Quote ketupatnasi 2-7-2023 09:27 AM
Bila kurang mkn n minum mmg tak rasa nk g tandas sgt pun.. mkn buah2 kering n energy bar...seboleh mungkin nk minimumkan isi perut..
Quote genUmi 2-7-2023 09:41 AM
Thunderclouds replied at 2-7-2023 08:00 AM
Really?
MakPak aku tadak cita gini (tdo tepi² jln open space) pon.
Kt mina tdo lam khemah.

ini pakej ratus2 ribu yg aku tahu

antara TA yg buat pakej ni  syarikat RAYHAR
Quote Lampuled 2-7-2023 10:01 AM
Alif ni pegi ikut kuota Msia or Spore?
Ikut TH ke?

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052098 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top