CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Individu Minta Perlahan Azan

1-7-2023 10:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 766| Komen: 4

Seberang Perai: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung isu seorang lelaki meminta jemaah masjid di Sungai Puyu, Butterworth, di sini, memperlahankan azan sehingga ia tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya terkesan melalui media sosial hari ini, berhubung penyebaran menuntut masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu, Butterworth, di sini.

Gambar hiasan

Menurutnya, sebelum ini, pada 28 Jun lalu, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berkaitan tindakan lelaki yang tidak dikenali meminta pengadu untuk memperlahankan bunyi azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.


"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau pun kegusaran awam," katanya dalam kenyataan malam ini.

Siti Nor Salawati berkata, pihak polis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arnauld 1-7-2023 10:14 PM
Kita respond dgn pirane lah you all know what to do right?
Quote Decaffeinated 1-7-2023 11:57 PM
pihaknya terkesan melalui media sosial hari ini, berhubung penyebaran menuntut masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan

Tonggang-langgang nya ayat wartawan ni.

Quote Skuau 2-7-2023 10:02 AM
awat tak jumpa tok ketua masjid...bincang la...
Quote ujio 2-7-2023 10:54 AM
Baru siap lps reno masjid tu raya haji ni..
Dah lama pun penduduk situ bising not psl azan je, mmg taknak masjid kat situ, ganggu jln..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053490 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top