CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Jadi Pelakon Sebab Nak Popular

1-7-2023 07:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1591| Komen: 24

Pelakon, Nabila Huda meluahkan kerisauan terhadap kemunculan pelakon ‘segera’ yang masuk ke dalam industri seni semata-mata untuk meraih populariti.

Pelakon yang mesra disapa sebagai Abil itu berkata, keadaan itu bahaya dan berpotensi merosakkan dunia seni tanah air.



“Sebab itu, pelakon kena jujur dengan apa yang mereka lakukan. Masuklah bidang ini kerana anda benar-benar mahu berlakon, bukan sebab popular.

“Tetapkan niat, apa tujuan nak jadi pelakon. Dan paling penting, kena berdisiplin.

“Jangan jadi pelakon sebab nak popular. Kalau ramai pelakon baru kejar glamor semata-mata, ia bahaya dan boleh merosakkan industri,” katanya kepada pemberita sewaktu menjayakan sesi fotografi bersama Mingguan Malaysia, baru-baru ini.

Kata ibu seorang cahaya mata ini lagi, seorang pelakon, baru atau lama perlu berkeinginan untuk belajar bagi mengasah dan memperbaiki bakat lakonan yang mereka miliki.


“Belajarlah dari bawah, fahamkan tanggungjawab pelakon itu apa. Kalau tak pandai (berlakon), masuk kelas. 

“Industri seni kita mempunyai ramai individu berkelayakan yang boleh mengajar lakonan,” katanya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-7-2023 07:57 PM
Sekarang ni dunia dah terbalik nokkkk...

Sepatutnya

Jangan jadi popular sebab nak jadi pelakon...

Quote I.K.A888990 1-7-2023 08:39 PM
sape jer la tak nak fofular
berlumba2 nk jadi retis walaupunnnnnñnn
Quote imransulaiman 1-7-2023 09:30 PM
Ada ke retis yang nak jadi retis sebab taknak popular? Hmmmmmmmmm
Quote bluecrystal 1-7-2023 09:59 PM
kalau bapak ko tak popular dulu pun silap2 orang susah nak kenal ko
Quote kaedahnya 1-7-2023 10:56 PM
sukur benang ni belum kena spam dengan kezzah multinick forumer bergaduhan.
anyway semalam tengok drama bellahood. sedey cerita tu dah la ada persamaan dengan kisah hidup dia.
Quote Nizleen86 2-7-2023 12:04 AM
Kalau tak popular cmne nak jual nama ko? Cmne ko nak cari makan kalo tak popular? Statement pun....
Quote Lolalala 2-7-2023 12:32 AM
Hang tu pun sibuk buat content nak update media sosial. Anak dan suami yg bukan artis tu pun hang selalu UP buat content untuk popular kan? Apo??
Quote matjerk 2-7-2023 01:22 AM
bluecrystal replied at 1-7-2023 09:59 PM
kalau bapak ko tak popular dulu pun silap2 orang susah nak kenal ko

Silap2 x merasa pun bekalkan anak dgn wagyu ke school... memandangkan dia sekolah pun x habeh.. keje apa je leh keje
Quote Tembikaigoreng 2-7-2023 01:45 AM
bluecrystal replied at 1-7-2023 09:59 PM
kalau bapak ko tak popular dulu pun silap2 orang susah nak kenal ko

ouchhh sakitnya LOL
Quote she 2-7-2023 01:53 AM
Usoh ler bagi nasihat
Ibarat lobster mengajar anak main lompat tikam

Nasib dia tak nasihat tak perlu amek SPM
Quote mawarika 2-7-2023 02:07 AM
Dah tua uolss.. Shut up.. pstt.. biar muka baru cantik solid mewarnakan dunia seni. Uolss kepam dok dediam pls.
Quote Miawlover 2-7-2023 02:51 AM
Zmn skg money oriented. Sifirnya kena popular br dpt fans ramai, fans ramai dpt membantu menaikkan viewer/ penonton yg support kerja kau, viewer / penonton tinggi menarik minat sponsors etc dan menjadi punca duit utk pelbagai lapisan pihak yg terlibat.
Quote jejaka_hensem 2-7-2023 02:58 AM

Mesti tercabarkan dgn pelakon2 baru cantik2 menghiasi drama di tv2 rumah.
Quote annadonna 2-7-2023 03:08 AM
Nasihat munafik. Semua yg nak jadi pelakon tu semua nak popular.
Quote hokeypokey 2-7-2023 07:00 AM
abes tu jadi pelakon sbb nak apa??? nk kaya ke
Quote krustykrab 2-7-2023 07:05 AM
Abis tu jd retis utk apa?
Quote MatDeghem 2-7-2023 07:10 AM
kalau tak popular production takmo ambil .... jadi sendu
Quote lattehazelnut 2-7-2023 07:20 AM
Lolalala replied at 2-7-2023 12:32 AM
Hang tu pun sibuk buat content nak update media sosial. Anak dan suami yg bukan artis tu pun hang se ...

Agree.. kau pun mencapap jugak..
Nak2 bab kutuk netizen..
resipi nasi goreng pun boleh bawak gaduh..
Quote cik.panda 2-7-2023 08:17 AM
So as a nepo baby, sheols jadi pelakon sebab apa?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078347 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top