CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wafariena Jawab Tuduhan ‘Besar Kepala’, Susahkan Produksi

1-7-2023 05:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 445| Komen: 1

Terkejut didakwa ‘besar kepala’, pelakon Wafariena Roslan sudah dapat meneka penyebar fitnah yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadapnya.

Katanya, isu berkenaan sengaja dicetuskan untuk memburukkan namanya sedangkan sepanjang lima tahun dalam industri seni dia tidak pernah berdepan rungutan, atau mempunyai masalah dengan mana-mana produksi, kru mahu pun pelakon lain.



“Saya cuma cari makan dan enggan buat hal dengan sesiapa pun. Apabila dituduh banyak karenah dan memilih-milih watak buat saya terfikir besar sangatkah saya sampai berani minta itu ini?

“Sekadar bertanyakan siapa artis yang akan digandingkan dalam drama, rasanya itu soalan biasa yang turut ditanyakan pelakon lain. Itu bukan satu bukan isu.

“Jika tak puas hati atau saya ada buat salah dan terkhilaf, boleh saja tegur depan-depan,” katanya.

Pelakon Tujuh Hari Mencintaimu itu mengulas mengenai gosip yang menyatakan dirinya meletakkan syarat tertentu ketika penggambaran hingga menyusahkan pihak produksi.



Menurut Wafariena lagi, pihak terbabit juga melampau apabila mengata pula ibunya, Suzana Hamad, 59, yang bertindak sebagai pengurus dengan melabel wanita dihormati itu sebagai ‘lebih sudu daripada kuah’.

Kata aktres berusia 27 tahun itu, ibunya bekerja dengan profesional yang berlatarkan pengalamannya terbabit dalam dunia hiburan sebelum ini.

“Untuk hal pengurus yang disentuh, tentu emak saya mahu buat yang terbaik kerana saya juga satu-satunya artis di bawah jagaannya.

“Tanya mana-mana pengurus pun sama, malah saya rasa selamat apabila mama juga sentiasa menemani saya di set dan dia bekerja secara profesional.


“Setakat ini pun tiada pula saya dengar komen tak bagus tentang pengurus saya itu. Alhamdulillah, tiada cerita tak elok terutama gosip mengarut apabila kita dijaga keluarga sendiri.

“Malah mama selalu ingatkan saya jaga tingkah laku selain hormat semua orang di set termasuk kru. Jadi apa masalah yang cuba individu itu cetuskan?” ujarnya.

Enggan menyimpan dendam, pelakon filem Jemputan Ke Neraka hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah supaya membuka pintu hati si penyebar fitnah berhenti cuba mengaibkan dirinya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-7-2023 05:38 PM
kalau betul besar kepala... dah la kau pun tak cantik nyah... berlakon pun jadi pelakon pembantu je tu pun dapat watak jadi pompuan garit jah yang berebutkan ustaz kazim elias... yihhhh...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top