CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kematian Siti Sarah Difitnah Agenda Freemason, Shuib Nak Saman

1-7-2023 05:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5217| Komen: 46

Pelawak Shuib tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dengan dakyah sebuah organisasi tertutup dipercayai Freemason.


Katanya, fitnah dilemparkan disifatkan keterlaluan apabila turut mengaitkan banyak pihak termasuk hospital serta doktor yang merawat isterinya itu.


“Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau serta ekstrem kerana melibatkan arwah isteri saya, pihak hospital (HUKM) dan khasnya doktor yang terlibat.

“Rasanya tak perlu saya beri komen yang panjang. Tunggu saja kenyataan dari pihak peguam saya,” katanya menerusi kenyataan kepada Kosmo! Online.

Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, berkata demikian mengulas hantaran seorang pelayar laman sosial yang mendakwa kematian Allahyarham isterinya berkaitan dengan agenda vaksin Covid-19.

Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit membuat tuduhan Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.

Tulis individu itu lagi, Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.


Berdasarkan semakan Kosmo! Online mendapati kenyataan individu itu dibuat berpandukan sekeping foto Shuib bersama isteri baharunya, Watie yang menutup sebelah mata masing-masing sepertinya sinonim dengan organisasi ‘rahsia’ tersebut.

Lantas tindakan itu dipercayai kononnya sebahagian daripada dakyah pertubuhan dimaksudkan, sedangkan itu hanya iklan untuk sebuah kedai barang kemas.

Pada 23 Jun lalu Shuib yang juga penyampai radio menamatkan zaman duda sebaik bergelar suami kepada ahli perniagaan berusia 35 tahun, Watie Hanifiah.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Bagaimanapun, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-7-2023 05:36 PM
ya ampun freemason ni dah soo yesteryears dah dikk oiii... ko baru nak masuk era freemason dan symbolism ke nyahhh segala benda nak di kaitkan dengan illuminati...

dah la yang ko klem pengikut freemason tu pun retisss yang rhoper kelindan lori... yang tidak sekaya retis2 holllywood yang di claim pengikut illuminati...

apoooo antivaks pun takkan la ni pun nak dikaitkan dengan illuminati...

kalau korban isteri sendiri dan jadi kaya raya ala2 justin bieber berbaloi la jugak masuk illuminati...

ni hujung2 taraf kekayaannya hanya setaraf tokey kedai runcit aceh je nyah yang juai2 sayur dan taugeh busuk kat kedai runcit tu takmau bagi pree dan sedekah punya pasal sampai dah busuk2 pun masih jual...

Quote LadyCarefree 1-7-2023 06:06 PM
Tapi bukankah so eb dan juga abg ess ess anti-vaks?
Quote I.K.A888990 1-7-2023 06:12 PM
tah pape je la
Quote meowww05 1-7-2023 07:36 PM
MN kahwin hari tu pun ada yg kaitkan dgn illuminati kat TikTok, ntah apa2.
Quote aammyy 1-7-2023 08:22 PM
Saman je ib. Agak2 la nak fitnah orang sampai kaitkan dgn yg dah meninggal.
Quote daiman 1-7-2023 08:44 PM
Tak habis² lagi ke cerita pasal mamat ni. Dah macam lelaki terpaling hot sampai semua benda nak di storykan
Quote SANKURIANG 1-7-2023 09:22 PM
Aku lebih minat pada gambar tu….masa ni belum nikah kan….boleh lak pegang2 dan eb elok aja pala kat teks pompuan tu…..sembang aja kata tak keluar berdua….
Quote KucingBiru 1-7-2023 09:35 PM
Iols pikir bab Sarah terkorban sebab kedegilan nak jadi anti vaks. Sedihnya la hai jadi pompuan kena ikut cakap lelaki keliling, last last anak anak hilang mak diorang.

Ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi time Covid banyak isteri yang gaduh besar bila laki tak bagi vaccine atas alasan, redha Allah ada pada redha laki.

Lepas bini mati, laki cari bini baru.
Quote bulanbulat 1-7-2023 09:38 PM
Thank u soeb
Sila saman bg tinggal spender. Celupar sgt
Quote hokeypokey 2-7-2023 07:02 AM
saman jangan tak saman
Quote awekjepun 2-7-2023 07:07 AM
Artis ni klo bergambar selalu ikut arahan jurukamera atau brand yg diorg bawa tu.. dari ko nk tduh soeb..baik ko tuduh jewels tu iluminium..huhuhu
Quote PinkyPie 2-7-2023 07:34 AM
Mana ada, dorang satu kluarga kena covid sebab bibik gi borak dgn bibik lain masa buang sampah laaa
Quote Kangkung1M 2-7-2023 07:58 AM
Edited by Kangkung1M at 1-7-2023 10:38 PM
SANKURIANG replied at 1-7-2023 09:22 AM
Aku lebih minat pada gambar tu….masa ni belum nikah kan….boleh lak pegang2 dan eb elok aja pala ka ...

Dedua memang gelenya tahap kronik. Video ni tunjuk adegan di sebalik tabir penggambaran iklan. Masa ni ofcoz belum kahwin lagi.

[TikTok]7249701202047356161[/TikTok]
[Tiktok]7249614913709018369[/TikTok]
Quote CiliApiPedas 2-7-2023 08:21 AM
Kangkung1M replied at 2-7-2023 07:58 AM
Dedua memang gelenya tahap kronik. Video ni tunjuk adegan di sebalik tabir penggambaran iklan. Mas ...

Alah beriye nyee
Quote Bantalkuning 2-7-2023 08:57 AM
SANKURIANG replied at 1-7-2023 09:22 PM
Aku lebih minat pada gambar tu….masa ni belum nikah kan….boleh lak pegang2 dan eb elok aja pala ka ...

dekat ig watie pun ada gmbar raya pakai baju biru siap pgg tgn lagi.. caption selamat hari raya adha tp inai dkt jari pun takde.. i dh siasat hari tu dgn story yg dia buat, dkt story ada inai tp dlm gmbar tkde inai.. mmg kena la dgn netizen
Quote kisahkeaku 2-7-2023 09:27 AM
bkn dakyah freemason nak semua umat manusia amik vaksin ke??tp arwah mana ada amik vaksin?ke aku silap?
tp skrg ni mmg pesen tgkp gmbr tutup mata sebelah.retis holiwud tutup mata sebelah tu majoriti dakyah freemason.retis malaysia ni??aku erm kan ajee...
Quote Fazzbulous 2-7-2023 09:50 AM
PinkyPie replied at 2-7-2023 07:34 AM
Mana ada, dorang satu kluarga kena covid sebab bibik gi borak dgn bibik lain masa buang sampah laaa

yeke ni?bukan masa kobid diorg ni pn rancak kluar jugak ke?makan ramai2...huhuhu
Quote miss_strangers 2-7-2023 10:24 AM
Kangkung1M replied at 2-7-2023 07:58 AM
Dedua memang gelenya tahap kronik. Video ni tunjuk adegan di sebalik tabir penggambaran iklan. Mas ...

Setan freemason pon terkincit lari bila dengar watitek ketawa mengalahkan Jin setan
Quote Kangkung1M 2-7-2023 10:30 AM
Edited by Kangkung1M at 1-7-2023 10:40 PM
miss_strangers replied at 1-7-2023 10:24 PM
Setan freemason pon terkincit lari bila dengar watitek ketawa mengalahkan Jin setan

Hanya perempuan tiada maruah dan kemaluan ketawa macam tu.

[fbp]https://fb.watch/lwD1k3BoIU/?mibextid=NnVzG8[/fbp]

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.274856 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top