CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

86,000 Anjing Laut Akan Disembelih

1-7-2023 04:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 242| Komen: 5

Windhoek, Namibia: Aktiviti tahunan memburu anjing laut di Namibia secara rasmi bermula Sabtu dan bakal menyaksikan 86,000 anjing laut Cape, akan disembelih.

Ia walaupun permintaan untuk bulu anjing laut berkurangan dan penentangan yang semakin meningkat daripada kumpulan pemuliharaan.


Anjing laut diburu bagi mendapatkan bulu berharga mereka untuk perdagangan global yang pernah berkembang pesat.


"Musim (berburu) dibuka pada Sabtu dan mereka yang mempunyai kuota pemburuan boleh meneruskannya," kata Menteri Perikanan Derek Klazen kepada AFP pada Jumaat.

Bagaimanapun, Klazen berkata, pemburuan anjing laut berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan penurunan dalam permintaan.

Sebelum ini, ia dijual kepada pedagang bulu binatang di Eropah, tetapi permintaan pasaran menurun secara drastik berikutan larangan Kesatuan Eropah (EU) pada 2009.


China kini menjadi pasaran utama yang menyumbang kepada kemusnahan anjing laut Namibia.

Pemburuan anjing laut sudah lama menjadi perbalahan di Namibia, dengan kumpulan hak asasi haiwan menentang keras amalan itu yang disifatkan sebagai kejam.

Negara di bahagian selatan Afrika itu menempatkan kira-kira 1.6 juta anjing laut dan bulan ini mengeluarkan permit memburu baharu untuk 80,000 ekor anjing laut untuk musim 2023.

Namibia satu-satunya negara di Hemisfera Selatan yang memburu anjing laut secara komersial, menurut Seal Alert SA.

Pemburuan anjing laut juga berlaku di Kanada, Finland, Greenland, Iceland, Norway dan Sweden, Finland dan Greenland.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 2-7-2023 06:01 PM
See? Manusia laaa haiwan yang sebenar atas muka bumi ni
Lepas tu merempan bila haiwan2 tu semua pupus
Nak buat kajian, haiwan nya cuma tinggal sejarah
Quote hokeypokey 2-7-2023 08:02 AM
aku sampai skrg confuse anjing laut dgn singa laut
Quote Ayda89 1-7-2023 09:56 PM
Mmg china ni tak berperikemanusiaan la terhadap banyak haiwan. Dah la muka anjing laut ni comel mcm kucing. Tergamaknya la
Quote OshinDaSolja 1-7-2023 07:47 PM
kesian laa... dh la shomel2 semua
Quote KirazMevsimi 1-7-2023 05:20 PM
Banyak nyaaaaaa. Kecik lagi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.099821 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top