CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Nekad Bakar Diri Bersama 2 Anak Selepas Dapat Tahu Suami Jalin Hubungan Sulit

1-7-2023 04:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 439| Komen: 7

Kenya: Seorang wanita bertindak nekad membakar diri bersama dua anak kecilnya di dalam rumah selepas mendapat tahu suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Citizendigital melaporan, dalam kejadian pada petang Selasa lalu di sebuah kampung di Saina, Kajiado, Kenya, wanita terbabit dikatakan mengurung diri di dalam rumah bersama dua anak kecilnya sebelum menyalakan api.



"Jiran-jiran bertindak pantas memadamkan api yang marak menggunakan penyembur air dan akhirnya berjaya, namun mereka menemui mayat dua kanak-kanak," kata polis.

Mayat dua kanak-kanak yang masing-masing berusia 10 dan dua tahun dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, manakala wanita berkenaan turut dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan kerana mengalami lecur yang teruk.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan bergaduh dengan suaminya menerusi telefon sejak dua minggu lalu.


"Suaminya didakwa bersekedudukan dengan wanita lain dan tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu," kata polis lagi.

Siasatan berhubung kejadian itu masih berjalan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 1-7-2023 04:38 PM
@Bipolajourney nekad masih bergocoh2 dengan cerita hacker nya walaupon dah terbukti kami ni adalah multinick dia
Quote Supersirap 1-7-2023 08:08 PM
Kasihannya, kenapa anak yang perlu menjadi mangsa
Quote hokeypokey 2-7-2023 08:07 AM
sepatutnya bakar la laki ko
Quote Tinot7 2-7-2023 08:47 AM
Takziah..

Patutnya revenge kat somi.. cian anak2 jadi mangsa
Quote jazaa100 2-7-2023 10:39 AM
Kau bunuh diri & anak² buatpe.....

Kau bakar laki kau tu yg betulnya...
Quote Decaffeinated 2-7-2023 11:11 AM
Untung laki dia
Quote Jitu 2-7-2023 01:37 PM
kenapa tak serai je

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055925 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top