CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Mati Mengejut, Rebah Lihat Lembu Kesayangan Disembelih

1-7-2023 04:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1073| Komen: 19

Jawa Timur, Indonesia: Seorang warga emas di Jember, Jawa Timur, Indonesia meninggal dunia secara mengejut ketika melihat lembu kesayangan yang dipelihara sejak kecil disembelih sempena perayaan Aidiladha.


Menerusi video yang tular di laman sosial, lelaki yang dikenali sebagai Soleh itu berkumpul bersama penduduk kampung untuk menyaksikan lembu berkenaan disembelih.


Dia dilihat duduk mencangkung sambil melihat proses sembelihan.

Badannya kemudian kelihatan sedikit terhuyung-hayang sebelum jatuh tertiarap ke atas tanah.

Penduduk yang berada di lokasi kejadian segera membawanya ke hospital, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, lembu yang dijadikan korban itu sangat disayangi Soleh kerana ia dipelihara sejak kecil.

Apabila lembu itu cukup umur, ia dikorbankan oleh pemilik asalnya, di mana Soleh hanyalah membantu memelihara haiwan itu sahaja.


Salah seorang saudara Soleh yang dikenali sebagai Abdul Mu'in berkata, sebelum kejadian, warga emas itu turut menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid.

Menurut Abdul Mu'in, Soleh menghidap penyakit darah tinggi.

"Kemungkinan penyakitnya 'menyerang' apabila melihat darah atau atas sebab lain dia pengsan dan meninggal dunia apabila melihat lembu peliharaannya disembelih," ujarnya. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 1-7-2023 04:39 PM
@Bipolajourney terkejut... rupanya 10 multinick yg dia dok claim berborak sesama sendiri setiap hari dalam masa serentak adalah aku, dia dan kamu rhoperyaaa
Quote Atata 1-7-2023 04:43 PM
_blackbird replied at 1-7-2023 04:39 PM
@Bipolajourney terkejut... rupanya 10 multinick yg dia dok claim berborak sesama sendiri setiap hari ...

Kenapa lah kau ni jadi gini burung hitam. Dulu aku tengok nick kau ni aman2 je berporum biarpun selalu merengsakan melawan arus. Tapi tak ku sangka kau se-pathetic ni dah tarap2 langau forum dah kehulu kehilir meratib
Quote _blackbird 1-7-2023 04:52 PM
Atata replied at 1-7-2023 08:43 AM
Kenapa lah kau ni jadi gini burung hitam. Dulu aku tengok nick kau ni aman2 je berporum biarpun se ...

abaikan je ratipan aku. bukan tuju utk ko pon ke ko nak kena claim jadi multnick acik @Bipolajourney sorg tu. aku masuk kan
Quote Atata 1-7-2023 05:12 PM
_blackbird replied at 1-7-2023 04:52 PM
abaikan je ratipan aku. bukan tuju utk ko pon  ke ko nak kena claim jadi multnick acik @ ...

Boleh kan kau abaikan.. lagi kau layan lagi menjadi. Seluruh forum komen kau je serius lah tak sangka kau pprt gini. Sebenarnya bukan aku je, ramai lg org rengsa n scroll laju2 kalau nampak komen kau dan member2 kau kalau pasal sis bipolar. Kau paham tak annoying kena skip2 baca tu. Nak gasak, buat lah kat satu tempat je. Ini semua tempat ada komen kau orang
Quote BumpIQ 1-7-2023 05:27 PM
Atata replied at 1-7-2023 09:12 AM
Boleh kan kau abaikan.. lagi kau layan lagi menjadi. Seluruh forum komen kau je serius lah tak san ...

Forumer tu hanya mirroring apa yang terjadi dekat deorang je, Contohnya si bipolajourney pada mulanya yang tag2 macam ini di setiap thread.

And they did the same thing sebab annoyed dengan behaviour tersebut maka terpaksa buat benda sama sebagai balasan.

If not, Orang yang mula tag2 orang ni tidak akan berhenti.

Tengok sekarang dia pun dah tonedown dan hanya berani post di thread yang di buka pasal dia sahaja tanpa berani tag nama orang.

Beberapa hari nanti hilang la tag2 di setiap thread ni, forumer2 kena tabah la sikit untuk beberapa hari ni.
Quote edayildiz 1-7-2023 05:58 PM
till jannah ngn lembu dia
Quote che-cikL 1-7-2023 06:01 PM
Sayang betul ni, sehidup semati
Quote Decaffeinated 1-7-2023 06:10 PM
Normal la kalau boleh kena heart attack. Yang seronok tengok lembu kena sembelih tu yang tak normal.
Quote Buritan 1-7-2023 06:15 PM
Aku park kete jauh jauh masa upacara sembelihh tuu.. tu pun sayup sayup dengo.. dah laa masa hidup dia aku kena tgk Jap.. adoiii.. mmg kesian..
Quote SecretLuv 1-7-2023 06:35 PM
Saya tak boleh nak tengok lembu kena sembelih. Nanti confirm menangis[em:9:]
Quote _blackbird 1-7-2023 07:22 PM
Atata replied at 1-7-2023 09:12 AM
Boleh kan kau abaikan.. lagi kau layan lagi menjadi. Seluruh forum komen kau je serius lah tak san ...

Kat thread lain bukan aku tulis berjela2 pon. Kontot je mmg boleh skip pon.

Ko nampak aku yg komen ko skip je.. mulai dgn komen yg ni

Quote Supersirap 1-7-2023 08:07 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote kaedahnya 1-7-2023 10:34 PM
kesiannya pakcik tu
Quote green~tea 1-7-2023 10:53 PM
Decaffeinated replied at 1-7-2023 06:10 PM
Normal la kalau boleh kena heart attack. Yang seronok tengok lembu kena sembelih tu yang tak normal. ...

Tak seronok langsung.. terngiang2 sampai 2 minggu aku tak lena tido sbb terkejut terkejut teringat.... huhuhuh
Quote liyamariska 1-7-2023 11:22 PM
Edited by liyamariska at 2-7-2023 01:54 AM

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

rasa cm dulu2 ai pernah dgr citer yg kalu takleh tgk binatang korban disembelih depan mata, cam takleh makan daging korban tersebut...
Quote Tinot7 1-7-2023 11:26 PM
liyamariska replied at 1-7-2023 11:22 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

rasa cm dulu2 a ...

Ustaz skolah iols pun habaq lagu ni..

Takziah kpd keluarga ankel tu.. lama bela mcm pet kott..
Quote hokeypokey 2-7-2023 08:03 AM
sedihnye cerita ni, mati bersama..
Quote dua_chzy 2-7-2023 08:38 AM
green~tea replied at 1-7-2023 02:53 PM
Tak seronok langsung.. terngiang2 sampai 2 minggu aku tak lena tido sbb terkejut terkejut teringat ...

Lembu ok lagi bagi aiol.

Kalau babi kena bunuh + sembelih lagik ngeri. Sebab biasanya kalau stail hutan Borneo, babi tu kena tusuk dulu dengan besi macam spear supaya babi tu lemah bila hilang banyak darah. Dah hilang darah baru disembelih leher babi tu. Yang bikin ngeri tu bila dengar babi tu terpekik terlolong. Jilaka sampai sekarang aiols trauma padehal tengok dah lama masa darjah 4.

Boleh cari Youtube. Banyak video babi disembelih dari Borneo Kalimantan. Aku tengok deols lagik dasat ada yang tetak terus kepala babi hidup2 untuk kasik mati.
Quote jazaa100 2-7-2023 10:44 AM
liyamariska replied at 1-7-2023 11:22 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

rasa cm dulu2 a ...

Karut.....

Ada gak yg kata, klu kata kesian kat binatang yg disembelih, tak blh mkn daging binatdng tu....
Mazhab mana lah dorang jumpa.......

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.175603 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top