Umum tahu hubungan persahabatan dan keakraban di antara pelawak Jep dan Shuib yang sama-sama menganggotai kumpulan Sepahtu. Bagaimanapun, ketika majlis pernikahan Shuib yang berlangsung minggu lalu, ada antara peminat kumpulan itu yang tertanya-tanya apabila tidak melihat kelibat Jep pada acara tersebut.
Dalam satu video siaran langsung di TikTok milik Jep, ada yang bertanyakan mengenai hal berkenaan. "Oh, saya tidak dijemput," jawabnya ringkas. Sebelum ini, hubungan kedua-dua pelawak ini dikatakan renggang selepas Shuib mengambil keputusan tidak lagi kembali menyertai program Sepahtu Reunion. Malah Shuib menyangkal wujud sesi pujuk memujuk agar dia kembali ke pangkuan program berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai presepsi kurang baik tentang mereka berdua. Susulan itu, Jep mendedahkan Shuib mengundurkan diri selepas insiden dia melakonkan salah satu babak yang didakwa terdapat unsur lucah sehingga menerima kecaman ramai.
Disebabkan itu, Shuib digantung daripada muncul dalam program tersebut selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka namun dia tidak dapat menerima keputusan itu. Pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie Hanifiah sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam. Majlis akad nikah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuk Fasha Sandha, Nora Danish, Ustaz Don Daniyal, MK K-Clique, Wan Sharmila dan Marsha Milan. Untuk rekod, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sumber: mStar |
dudaberhias replied at 1-7-2023 03:56 PM
entah lah dia pun kuat merendahkan si shuib tu dan jadikan bahan lawak dari dulu masa start sepahtu. ...
dudaberhias replied at 1-7-2023 03:56 PM
entah lah dia pun kuat merendahkan si shuib tu dan jadikan bahan lawak dari dulu masa start sepahtu. ...
Suchi replied at 1-7-2023 04:07 PM
Takpelaa lauk pun biasa2 je
Balik2 nasi beriani
Byk2 menu lauk kenduri,nasi beriani paling membosank ...
ADVERTISEMENT