CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Ada Ke Patut Nak Ajak Skandal' - Adira

1-7-2023 11:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 916| Komen: 4

Penyanyi Adira berang apabila menerima mesej peribadi yang menawarkan diri untuk menjadi skandalnya. 

Ibu kepada empat cahaya mata itu menganggap pertanyaan atau gurauan itu sebagai keterlaluan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang pada masa hadapan.



"Saya bukanlah seorang yang mudah melatah dengan perkara sebegini, namun menganggap ini sebagai keterlaluan. Jika tidak mendatangkan duit, memang saya tidak akan layan.

"Saya boleh dibawa bergurau dengan jenaka-jenaka namun bukan dengan lawak sebegini. Kalau saya mahu mencari skandal, dari dulu lagi saya sudah cari, tidak perlu tunggu sehingga beranak-pinak sebegini.

"Perkongsian ini dibuat sebagai pengajaran buat lelaki-lelaki di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menghantar mesej sebegini. Lagipun negara ini ada undang-undang. 


"Hormatilah sikit status saya sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara sebegini berulang lagi," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu itu mengakui terkejut dengan keberanian segelintir pihak yang ingin kaya menggunakan jalan singkat.

Malah, jejaka terbabit turut meninggalkan nombor telefonnya sekiranya Adira berminat untuk menjalinkan hubungan secara rahsia dengannya.


Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayoub yang kini berusia sembilan bulan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 2-7-2023 08:05 AM
adira oiii, ko tunjuk smua tu bagi laki red ko tu jelessss
Quote lattehazelnut 2-7-2023 08:11 AM
Block je la ape masalah?
Ntah2 scam message mcm jual old coin tu..
Saje nak perhatian kan..
Quote CiliApiPedas 2-7-2023 08:17 AM
Kdg2 aku rasa dia cam try hard nk jd kelakar. Aku sorg je kot hati hitam cmni
Quote putu 2-7-2023 09:43 AM
CiliApiPedas: Kdg2 aku rasa dia cam try hard ...

Kita serupa. Mula2 nmpk kelakar la. Lama2 mcm over plk

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.092288 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top