CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Liana Tampil Lagu 'Nah', Isu Semasa Jadi Inspirasi, Papar Penunggang Agama Dalam Muzik Video

1-7-2023 11:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 590| Komen: 1

Penyanyi rap wanita, Sophia Liana mendedahkan lagu baharunya berjudul 'Nah' dihasilkan dengan menjadikan situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat sebagai inspirasinya.

Pemilik nama sebenar, Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 33, membawakan mesej pengajaran kepada umum dalam pembikinan muzik video lagu berkenaan.



“Konsep muzik video diketengahkan adalah mengenai isu semasa. Kami ada cerita yang ingin disampaikan kepada orang ramai.

“Isu pertama adalah pergaduhan antara pasangan yang sering menyalahkan antara satu sama lain.

“Manakala senario kedua menggambarkan seorang penunggang agama sedang menggunakan telefon bimbit menonton bahan lucah. Selain itu ada juga kisah seorang yang suka mengambil kesempatan terhadap wanita,” katanya.

Sophia turut memberitahu sikap manusia yang suka mencari kesalahan orang lain juga adalah kisah yang ingin diketengahkan dalam lagunya itu.


Dalam masa sama dia juga sudah meneliti setiap baris lirik yang ditulis agar maksud sebenar dapat disampaikan dengan baik sekaligus diterima pendengar.


“Kalau kita tengok sekarang ini ada orang yang lebih gemar menuding jari atau menyalahkan orang lain. sendiri. Malah ada juga yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

“Kisah ini saya cuba saya adaptasikan dalam lagu Nah. Proses penulisan lagu ini berjalan dengan lancar, mungkin disebabkan kami sudah perincikan mengenai kandungan yang dimahukan,” ujarnya.

Sophia juga mendapat kerjasama Navigator, Mambang dan Zizi Kirana dalam penghasilan lagu ini.

“Orang sekeliling yang memberi aura positif membuatkan proses rakaman lagu ini mudah. Saya mendapat bantuan daripada Zizi dan Mambang dari segi melodi sebelum masuk ke studio rakaman.

“Semoga dengan sokongan semua pihak, lagu ini dapat memberi satu impak dalam industri muzik tanah air,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-7-2023 11:37 AM
sheols dari kumpulan defam kan tak silap? (maaf sebab sendu tu yang tak kenal)

lagu sheols pun ok la bagi iols... lagipun sebenarnya iols terpaksa suka lagu sheols sebab ada syafi tee dalam tu...

tapi spoil yach si ucop muka garfield kelindan lori tu ada sekali...

kan dah kata kalau letak pelakon herlokkk ke atau yang herlokkk menyanyi... mesti semua acik2 akan sokong... sama la macam MV kpop tu kemain yach berbillionz views dengan iols sekali tengok hari2... janji herlokkk walaupun masing2 menyanyi macam binatang...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.038233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top