CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tolak Tawaran Masuk Universiti Sebab Ibu Bapa Susah, Mila Jirin Tak Menyesal Utamakan Keluarga

1-7-2023 08:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2832| Komen: 32

Penyanyi dan usahawan Mila Jiran mendedahkan dia pernah menolak tawaran menyambung pengajian di sebuah universiti kerana mahu terus bekerja bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapanya ketika itu.


Mila atau Norsyarmila Jirin, 36, berkata, dia juga tidak pernah menunjukkan surat tawaran kepada ibu bapanya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga apatah lagi hidup mereka ketika itu susah.


“Saya tidak tunjuk pun surat tawaran universiti kepada ibu bapa. Selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) saya memang nak kerja. Ibu bapa saya hidup susah ketika itu dan adik-beradik pun masih bersekolah.

“Saya menyaksikan sendiri kesusahan ibu dan ayah. Dalam hati memang saya susah berniat untuk cari duit dan membantu keluarga,” katanya.

Mila berkongsi kisah tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Juara program Akademi Fantasia musim kelima ini juga percaya perancangan Allah adalah terbaik meskipun ketika itu dia terpaksa memilih jalan yang sukar.



“Ketika menolak tawaran itu ada juga terdetik dalam hati bagaimana saya boleh menjaga keluarga kalau tidak sambung pelajaran.

“Namun dalam hati saya hanya berkata perlu dahulukan keluarga. Itulah yang saya bawa sehingga hari ini. Apa pun yang kita buat perlu utamakan keluarga,” ujarnya.

Mila yang kini juga merupakan seorang usahawan berjaya menjelaskan dia tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut.

“Allah beri peluang untuk saya berbakti kepada keluarga. Umur 18 tahun saya sudah menggalas tanggungjawab menjaga adik-adik.

“Saya diberi nikmat untuk berkorban. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan sebelum ini,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 1-7-2023 08:43 AM
Aku penah sorok offer ke Universiti Teknologi Petronas dengan biasiswa sbb mase tu sblm dapat biasiswa, 1st sem kene support sendiri and my parents keje biase2 je.
Last2 masuk IPTA dengan biasiswa JPA je.
Jadi la
Quote dudaberhias 1-7-2023 09:27 AM
rezeki sheols tak perlu berjaya dengan pelajaran tinggi... lepastu sheols terus masuk AF kan?

tapi tu la lepas pkp kemain beli itu ini... masa pkp haritu merempan jugak..

Quote imransulaiman 1-7-2023 11:58 AM
Nak tahu uni mana yang offer dia..
Nak tahu macam mana dia dapat offer..





Hmmmmmmmmm kbai.
Quote jas7512 1-7-2023 12:05 PM
Uitm yuran murah je klu nak sambung belajar....rasanya below rm600 dan 1st sem dah blh dpt ptptn or biasiswa klu isi brg awal2....nal kn rajin dgr hebahan psl biasiswa..lg pun uitm byk je negeri ada cawangan..klu nak sambung belajar blh je mila..nak dgn tak nak je..klu u lain mahal ada je u yg murah yuran dia
Quote acik79 1-7-2023 12:11 PM
Kes dia ni 1 dlm brp ribu org… tu pun lps dia masuk AF… cuba dia kerja biasa2 org tak kenal… dan selalunya org yg tak belajar tinggi ni infeority complex dia tahap lain macam sikit, aku tgk kak & abg ipar aku yg tak belajar tinggi…
Quote Cekgushilla 1-7-2023 12:47 PM
Dia mmg aim af
Masa skola pon mmg dia dok prektis nyanyi dah
Dia ni anak murid kak aku kt skola teknik
Mmg kalau ada event mmg dia la hat persembahan tak pyh risau dh hahah suara sedap la jgk walaupon budak2 lgi tp sedap dgr la
Dr awal mmg dia tanak smbung pon
Quote annadonna 1-7-2023 02:15 PM
No such thing la tolak pasal family susah. Alasan aje. PTPTN tu tabur duit utk budak budak uni. Klu ko cerdik final year akan convert jadi biasiswa. Cakap aje tak ada minat nak belajar sebab kejar glemer. Ada student tahap family makan pasir tetap gigih sambung study sebab nak ubah nasib keluarga. Anak org kaya aje yg selalu malas sambung study atau nak masuk private uni aje sebab study tu hanya utk life style.
Quote Suchi 1-7-2023 04:54 PM
Cekgushilla replied at 1-7-2023 12:47 PM
Dia mmg aim af
Masa skola pon mmg dia dok prektis nyanyi dah
Dia ni anak murid kak aku kt skola tek ...

Peliknya nyanyian dah bukan passion dia lagi dah
Skrg ni dia ni kira bekas penyanyi je

Quote cm_vungtau 1-7-2023 04:57 PM
Anak orang susah rupanya. Patut la flex duit macam haper aje.
Quote Suchi 1-7-2023 04:58 PM
acik79 replied at 1-7-2023 12:11 PM
Kes dia ni 1 dlm brp ribu org… tu pun lps dia masuk AF… cuba dia kerja biasa2 org tak kenal… dan  ...

Apa maksud uols kes dia ni 1 dlm brp ribu org?
Bukan ke ramai je yg tak sambung belajar sbb tanak susahkan mak pak? Lelagi anak2 yg atas ni nak kena jadi ibubapa ke 3 jd abis spm mak pak yg suh  keje walau anak tu nak je sambung belajor
Quote matjerk 1-7-2023 05:38 PM
Betui ka ceq? Hang org teloq kumbaq kan? Hang dapat offfer mana ni? Cuba habaq mai....
Quote makneng 1-7-2023 06:09 PM
Kan skrg dah byk duit….so sambunglah study. Sembang je kan…kosser
Quote Aneem 1-7-2023 06:49 PM
Dia ni pandai berckp. Asbab pengalaman berbisnes agknya. Nampak matang disitu walaupun masa kat af dulu nampak kusam je masa depannya.
Quote Rhyno 1-7-2023 06:52 PM
annadonna replied at 1-7-2023 02:15 PM
No such thing la tolak pasal family susah. Alasan aje. PTPTN tu tabur duit utk budak budak uni. Klu  ...

setuju...

selalunya anak2 orka je taknak sambung study kt IPTA ni...
Quote TomyamPuteh 1-7-2023 06:58 PM
dudaberhias replied at 1-7-2023 09:27 AM
rezeki sheols tak perlu berjaya dengan pelajaran tinggi... lepastu sheols terus masuk AF kan?

tapi  ...

Kak Dud ni kan. Mula2 puji, lps tu keji
Quote acik79 1-7-2023 07:01 PM
Suchi replied at 1-7-2023 04:58 PM
Apa maksud uols kes dia ni 1 dlm brp ribu org?
Bukan ke ramai je yg tak sambung belajar sbb tanak  ...

Yg berjaya hihi tertinggal la perkataan tu… berjaya la tu konon ada perniagaan besar…
Quote jambatannetizen 2-7-2023 03:56 AM
Rhyno replied at 1-7-2023 06:52 PM
setuju...

selalunya anak2 orka je taknak sambung study kt IPTA ni...

sbb kena campur dgn budak2 usrah, skema mcm gitu khen. Nnt nak idup susah sikit.
Quote hyie 2-7-2023 06:05 AM
meols syak diploma kat uni sumwhere. Tapi baguslah sheols lepas kahwin berusaha gigih buat katering bagai dan berjaya.

Apa kau gila...gittew
Quote exclusive_vvip 2-7-2023 07:44 AM
ye ke xnak sambung belajar sbb taknak susahkan makpak? Hellooo, iols tua lagi dari dia ni..zaman iols, dpt surat offer, pastu wang pendahuluan dr ptptn pun menyusul..sebelum kita register kat uni..pdahal kita x apply pun ptptn lagi time tu..cuma terserah kepada kita je la samada nak pakai wang pendahuluan tu atau taknak..kalu pakai,byr balik..kalu xnak pakai, xde masalah, x kena charge pape pun…start thn 2000, kalu org bg alasan taknak sambung belajar sbb masalah kewangan, itu membongak namanya..cakap je la ko yg malas nak belajar dah..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.104989 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top