CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Keluar Makian Bangs*t, Afiq Muiz Bergaduh Dengan Netizen Lepas Dikata 'Over' Tegur Alya Iman

30-6-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5731| Komen: 56

Pelakon Afiq Muiz terpanggil untuk memberi teguran berhubung kenyataan aktres Alya Iman yang menggesa orang ramai berhenti mengaitkan nama arwah bapanya dengan keputusannya untuk menanggalkan hijab.


Afiq memberi teguran itu menerusi ruang komen di perkongsian video temu bual di Instagram rasmi Gempak. Dia menasihati Alya untuk memikirkan semula mengenai keputusannya kerana wanita tidak bertudung pasti diseksa di akhirat kelak.

IG


Walaupun ada yang bersetuju, namun segelintir netizen kurang senang dengannya dan menganggap abang kepada aktres Aishah Azman itu tidak layak menasihati Alya.

“Abang ni abang dia ke? Over,” komen netizen.




Bagaimanapun Afiq menjelaskan bahawa Nabi juga akan memberi teguran dalam soal aurat. Dia juga berang apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya termasuk diminta untuk 'mencermin diri sendiri' dan menjaga rumah tangganya.



Terdahulu, Alya Iman dalam temu bual bersama Gempak baru-baru ini mengakui masih berdepan kritikan netizen mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab.

Walaupun tidak seteruk dahulu, namun ada kala hatinya terguris. Justeru, dia meminta orang ramai berhenti mengaitkan isu penampilannya dengan arwah bapanya iaitu pelakon Azmil Mustapha. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 30-6-2023 11:18 AM
Akaun kena hack kot...



















#miahahahahaha
Quote matjerk 30-6-2023 11:18 AM
Huk alohhhh mung nihhhh
Quote hokeypokey 30-6-2023 11:19 AM
bergaduh la korang
Quote newyork 30-6-2023 11:45 AM
Auto alim lak
Quote dudaberhias 30-6-2023 11:50 AM
memang over pun nak menegur orang... dah la bini sendiri pun macam apa je... macam syumul sangat tu yang rumah tangga dan mak pun kau menderhaka... yihhhh

Quote missHaidiD 30-6-2023 11:52 AM
Padan muka ko jntan taguna

Mesti menggigil2 masa reply kan.  Selamba je netizen bangsatkan dia.  Mesti malu sb cite dia dibangsatkan oleh netizen masuk porum.  Kalau netizen bangsatkan dia kt komen2 biasa takpe.  Ni kira kena bangsat depn2 muka ni
Quote kikilalapooh 30-6-2023 11:53 AM
rempit gila cara afiq muiz reply. eiw. artis gred F.
Quote I.K.A888990 30-6-2023 12:03 PM
pergh  mesti membara2 hati tu kena bangsat dgh netz
kau pun tak betul bang oiiii
Quote Mekgadis16 30-6-2023 12:35 PM
Dia nak nasihatkan si alya tu lantakkan kau la. Tapi bila dia bergaduh dengan netizen siap berbangsat bagai, auto bodoh jadinya. Come on la kau tu retis walaupun sendu. Terkeluar habis perangai sebenar bila dia start reply. Patutnya diam buat bodoh je netizen nak cakap apa. Mana pun netizen. Huhuhu
Quote asfaz 30-6-2023 12:43 PM
Kata shooting sama2,tegur la f2f. Nak jugak mencapup,kan dah mendapat
Quote hotmak 30-6-2023 12:45 PM
takutnya, sampai meng bangsat kan org, kasar betul bahasa, konon nak berdakwah hujung2 sentap
Quote syamzana 30-6-2023 01:02 PM
gini je la level plakon malaysia. byk betul masa bc komen org pakej reply satu2
Quote gerbera.memopad 30-6-2023 01:13 PM
Betullah netizen tu komen. Betulkan rumahtangga hang dulu, jgn sibuk aurat orang
Quote KucingBiru 30-6-2023 01:57 PM
Pprtnya perangai, sendiri pun bengkok hidup dengan pendapatan dari industri hiburan, nak cakap halal haram.

Annoying betul jantan ignorant tapi acah alim camni
Quote heythere123 30-6-2023 02:20 PM
puas hati baca heols kena setepek.

Kasi setel dulu masalah dengan ex wife noks. Ini diri sendiri pon senget, ada hati nak acah tegur.
Quote bulalof 30-6-2023 02:28 PM
sibuknya la haiii hal ehwal org lain. tegur sampai nak satu dunia nampak ko yg terpaling pandai. nak tegur boleh DM terus.
Quote Fly_over 30-6-2023 02:34 PM
vangangnya gigih nk bertekak dgn netizen sampai terkeluar peel yg sebenar ko kan…
Quote Lagubestbest 30-6-2023 02:55 PM
aik mamat pakai topi ni berjubah berserban skrg? sejak bila?
Quote dekmieDandy 30-6-2023 03:39 PM
kes tangkap cintan ke ni

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.074621 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top