Dalam satu hantaran di Facebook, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi kenangannya yang disifatkan sebagai epik apabila pernah menyertai operasi pembedahan pesakit sebanyak 11 kali dalam sehari di sebuah hospital di Australia.
Memuat naik gambar senarai 11 operasi pembedahan tersebut pada hantaran Facebook, Dr Noor Hisham berkata, memori itu akan sentiasa diingatinya. “Saya ingin berkongsi momen epik yang diingati waktu di bilik pembedahan membantu Profesor Leigh Delbridge pada 2 Januari 1998 di Mater Misericordiae Hospital, Sydney Australia. “Kami telah memecahkan rekod 11 operasi dalam sehari dan saya menyimpan senarai operasi tersebut yang mana saya hargainya sehingga hari ini. Senarai 11 operasi pembedahan disertai Dr Noor Hisham di Mater Misericordiae Hospital, Sydney Australia pada 2 Januari 1998.
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan untuk menjadikan perbezaan besar dalam pembedahan,” ujarnya. Dr Noor Hisham menjawat jawatan sebagai ketua pengarah sejak 2013 serta bersara wajib pada 21 April lalu. Sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik Covid-19. Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
imthegirl replied at 30-6-2023 01:22 PM
Sapa dg kesihatan baru sekarang ye?
AbukRokok: 1200 kesan sampingan hanya bag ...
ADVERTISEMENT