CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kejar Proton Saga Dipandu Remaja 13 Tahun Sejauh 10km, 4 Remaja Dicekup

30-6-2023 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1715| Komen: 27

Empat remaja ditahan selepas berlaku aksi kejar-mengejar dengan polis sejauh 10 kilometer.

Menurut laporan, dalam kejadian kira-kira 5.15 petang semalam, remaja berusia 13 tahun memandu Proton Saga berkenaan secara melulu di Chukai ketika melarikan diri selepas terserempak dengan polis.



REMAJA yang ditahan polis bersama keretanya dibawa ke Balai Polis Chukai untuk siasatan lanjut. Foto POLIS - Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, terdahulu polis melakukan Ops Lancar dan samseng jalanan di kawasan Kemaman Waterfront.

Katanya, anggota kemudian mendapati kereta dipandu remaja itu melawan arus dan ketika cuba menahannya, suspek memecut melarikan diri.

"Polis kemudiannya mengejar kereta terbabit dan anggota polis beberapa kali meminta dia memberhentikan kenderaannya namun tidak diendahkan.

"Kenderaan itu dipandu dalam keadaan bahaya kepada pengguna jalan raya lain termasuk memotong barisan serta melanggar isyarat lampu merah di persimpangan stesen bas Geliga dan Mak Lagam," katanya.


Hanyan berkata, sebaik tiba di Taman Banggol Indah, remaja itu akhirnya memberhentikan kenderaannya sebelum melarikan diri bersama empat rakannya.

"Namun semua remaja berusia 13 hingga 16 tahun itu berjaya ditahan dan dibawa balai untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan itu iaitu ibu kepada remaja terbabit," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 30-6-2023 10:49 AM
Amboi dik dah puas hidup kat dunia ke? Mujur polis tak lepaskan tembakan macam kes kat shah alam dulu tu. Kalau tak, polis jugak yang kena tibai dengan netizen dek kebodohan korang.
Quote Belibis 30-6-2023 10:51 AM
Teringat kes remaja kena tembak dulu..arwah baik orangnya.tapi akal belum matang untuk mengawal suasana.benda takde lesen,saman jer bukan perlu lari.
Quote ctaz 30-6-2023 10:52 AM
ni kalau kena tembak ni....
compom ramai yg tukang membekap....
budak anak yg baik la....suka tolong mak mop lantai la...serba serbi baik la budak nya....
last2 polis jugak yg bersalah
Quote mizruncing 30-6-2023 11:14 AM
lahhh menyusahkan org. mak bapak x tau ke anak bawak kete tu
Quote Insomniacs 30-6-2023 11:17 AM
ctaz replied at 30-6-2023 10:52 AM
ni kalau kena tembak ni....
compom ramai yg tukang membekap....
budak anak yg baik la....suka tolong ...

Part mop lantai tu tersembur kopi aku????
Quote imransulaiman 30-6-2023 11:26 AM
ctaz replied at 30-6-2023 10:52 AM
ni kalau kena tembak ni....
compom ramai yg tukang membekap....
budak anak yg baik la....suka tolong ...

Dah kenapa mop lantai? Wakakakakaka gelak besar aku!!
Quote syamzana 30-6-2023 11:32 AM
makpak menyusahkan org betul la. takkan ko tak perasan anak bawak kereta tu, kunci tgl  merata???
patutnya tahan sekali bdk2 tu dgn makpak bdk2 tu masuk lokap sehari.
mujur tak langgar org lain.
Quote sambaldurian 30-6-2023 12:27 PM
Hargailah masa remaja, xyah la feeling2 dewasa nk drive kereta lg. G je jln2 kaki, naik bas, klu nk lepak ngan kwn2 - kena balik before maghrib. Elok je dulu aku nk g lepak mall, naik bas, kol 4 dh balik. Duit belanja tu pun tabung duit raya. Bkn x boleh berhibur, tp berhibur ikut time frame. Ni acah2 dewasa, nk mkn still pki duit mak ayah.
Quote OshinDaSolja 30-6-2023 04:09 PM
umur 13 dh bawak keta ye...dasyat boboiboy zaman sekarang.. yg dkt Langkawi hari tu lg muda kan... kesimpulannya parenting failed...
Quote shida81 30-6-2023 04:10 PM
Mujur ko x kene tembak dik... Menyusahkan org je
Quote mamastoney 30-6-2023 05:52 PM
Edited by mamastoney at 30-6-2023 05:56 PM

Makpak jgn la duk nak deny kengkonon terkejut ank drive kereta. Sah2 la budak tu pernah drive kereta tu sebelum ni..... tk kira la s.ada kali ni budak tu curi kunci dan keluar senyap2 ke apa, pokok pangkalnya kalo dorg sbg makpak bertegas dgn ank, xdenya ank tu berani bw kereta sendiri..mcm kes budak 5thn (tk silap aku umur 5thn) kt langkawi yg bw kereta waktu malam aritu. Cheh makpak atau sedara dia viralkan bideo kengkonon budak tu ckp ada atok tua yg drive kereta...dah polis siaaat baru kantoi selama ni, sibapak bodoh bangang yg ajar anaknya drive dan dorg yg ajar budak tu spy cerita psl atok tua tu. Parents babi bodoh mcm ni ptt masuk jel 10 thn, ats kesalahan membahayakan nyawa anak sendiri dan nyawa pengguna jalan raya yg tk bersalah.
Quote miznora 30-6-2023 09:21 PM
Ni mesti mak ayah jugak yang ajar anak bawak kete. Maaf aku nak bersangka buruk
Quote Jitu 30-6-2023 09:46 PM
undang2 jalan raya pun tak tahu apa lg sibuk la nak bawak kereta
tunggu cukup umur dulu
aku stress la drive skrg ni byk betul kenderaan
rindu suasana pkp dulu jalan sunyi je
Quote itik_magic 30-6-2023 09:54 PM
nasib x langgar org lain. kalu langgar mati mmg naya. kalu polis tembak ko mati polis lak masuk penjara mcm kes kat shah alam. mentang2 kes shah alam tu dulu ramai bekap mau ikut jugak ka.
Quote sharlenetexas 30-6-2023 09:59 PM
Dik seronok tak main kejar2? Ada jumpa pakcik berbulu tak?


Quote Tinot7 30-6-2023 10:09 PM
Belibis replied at 30-6-2023 10:51 AM
Teringat kes remaja kena tembak dulu..arwah baik orangnya.tapi akal belum matang untuk mengawal suas ...

Baik amender? Kan dia curi keta pastu mak dgn kakak wat laporan puhlis sbb keta ilang.. tup2 bila dia kena tembak, baru tau si adik yg joyride. Tarik balik laporan.. pastu puhlis yg kena sbb asalnya nak tembak tayar tapi terkena budak.. giteww..
Quote Tinot7 30-6-2023 10:11 PM
mamastoney replied at 30-6-2023 05:52 PM
Makpak jgn la duk nak deny kengkonon terkejut ank drive kereta. Sah2 la budak tu pernah drive kereta ...

Ni ka kisah budak 6 tahun langkawi tu? Si adik umo 3 tahun plak kat bawah tekan2 pedal keta..

Mak pak mmg fail. Iols tak paham camne deme leh tak prasan anak2 ilang? Kata bapanya tidoq, maknya kat blakang.. iols husnuzon tapi rasa mcm deme berdua tgh sibuk sgt sampai tak sedar anak2 ilang..
Quote mojarean_X 1-7-2023 12:24 AM
ctaz replied at 30-6-2023 10:52 AM
ni kalau kena tembak ni....
compom ramai yg tukang membekap....
budak anak yg baik la....suka tolong ...

Nasib baik bkn tolong buang sampah
Quote Carcosa 1-7-2023 02:29 AM
Haruslah mak dia tau anak dia rembat kereta. Ni bangsa kalau lepak2 dgn makcik2 bawang yg lain, kemain bangga, Anak aku dah gheti bawok kereta, Senah hoiiiiiii. Iyolah, senang aku, nak suruh2 beli bawang, beli sayoq, beli tokyu, beli majalah mangga, dio boleh doh bawok kereta sana sini. Sejukkk peghot aku ngandungkan dia dulu Senoh ouiiii.
PUIIIIIII!!!
Mak sundalan mcm ni, mmg patot dibakar beramai2. Menyusahkan masyarakat je. Anak 13 tahun kau ajar berenang, babi. So nnti anak kau tak menyusahkan bomba, nak cari mayat terapung lepas mandi laut, lepas mandi sungai, mandi jeram, mandi air teejun.
Yg ko sebok ajar drive kereta buat apa. Sah2 illegal kalau dia terer bwk mcm Schumacher sekalipun. Bodoh bebal jadi mak. Patot anak kau langgar kau. Biar ko anak beranak mampos. Kurang sikit family bebal dlm Malaysia ni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047029 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top