Penceramah selebriti Haris Ismail atau PU Riz kelihatan agak resah ketika mengendalikan program Salam Baitullahberikutan isterinya, Neelofa sudah tiba masa untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Menerusi video tular di TikTok, PU Riz tetap bagaimanapun masih tenang meskipun bimbang dengan keadaan isterinya. Kekal profesional mengendalikan program itu, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail ditenangkan hos gandingannya, Fakhrul Radhi. ”Isteri dah due date dah. Insya-Allah, doa-doakan untuk mereka,” kata PU Riz. Kagum dengan pengorbanan penceramah itu, Fakhrul sempat memuji tindakan PU Riz yang tetap komited menjalankan tugasnya. ”Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insya-Allah, kita doakan segalanya dipermudahkan,” katanya.
TikTok @Nur NLFH Menurut PU Riz, dia akan terus bergegas untuk menemani isterinya selepas selesai menjayakan program tersebut. ”Korban tak korban, lepas ni saya terus pergi,” jelasnya. Malah, di ruang komen ada netizen mendakwa PU Riz tidak menunggu program berkenaan tamat kerana terus bergegas untuk berada di samping isterinya. - CARI |
MsIda replied at 30-6-2023 10:44 AM
Nnti akan gempar satu malaya bila lopak dah rasa 1st slight contraction ... Jika beritahu dh sakit n ...
aemon replied at 30-6-2023 11:40 AM
Jah ngengada.mamatin boleh tengokkan kejap kan kalau laki pergi keje?lol
ADVERTISEMENT