Seorang wanita menasihatkan golongan muda terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya lebih beradab ketika memohon pekerjaan. Berdasarkan tangkap layar hantaran pengguna di Facebook miliknya, pemohonan kerja perlu dijawab dengan tertib, bukannya seperti membalas mesej kawan-kawan. “Saya sudah boleh membayangkan apa yang bakal berlaku bila bekerja nanti. Bila disuruh buat kerja tertentu akan mengelak. “Jadi, baik kita ‘reject’ (tolak) awal-awal. Lain macam ya budak sekarang minta kerja,” katanya dalam hantaran tersebut. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pendapat wanita tersebut. “Saya dulu nak ‘apply’ (mohon) kerja cuci pinggan pun lama susun ayat dengan penuh budi bahasa. Bila semuanya sudah elok baru hantar mesej tersebut,” kata Ummsara. “Macam itulah awak, saya nak cari pekerja dah putus asa. Kadang-kadang, budak-budak (golongan muda) minta yang bukan-bukan. Kerja tiga jam upah RM20 dikatanya murah,” kata FaiHanis. “Sekadar nasihat untuk adik-adik lepasan SPM atau sesiapa sekalipun yang ingin memohon pekerjaan. “Pergi mana-manapun adab kena jaga. Ingat, apa kerja sekalipun kena beradab walaupun cuci pinggan,” kata seorang lagi pengguna. Sumber: KOSMO! ONLINE |
blue_blur replied at 29-6-2023 07:06 PM
yep bangsa shortform, bangsa wechat etc, reject serta merta.
Bipolajourney replied at 29-6-2023 01:46 PM
Nampak tak kewajaran fikiran
Rasa Nak tapi tidak lakukan. Dan berhenti jadi pengasuh. Settle masala ...
ninja boy replied at 29-6-2023 09:19 PM
Baru2 ni pergi kedai a dan b yg hire pekerja lembam ai rasa ada oku lembab pembelajaran jenis tak bo ...
liyamariska: Edited by liyamariska at 29-6 ...
sambaldurian replied at 30-6-2023 10:14 AM
Tp ntah le, kdg2 cara tulis whatsapp utk urusan formal klu x ikut protokol mcm pelik je aku rs. Ari ...
ADVERTISEMENT